t>

Breaking News

Hapus PLUS Jika Pakatan Harapan Tawan Putrajaya - Lim Guan Eng.


Kerajaan Pakatan Harapan akan memansuhkan tol di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) sekiranya berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Lim Guan Eng.

Setiausaha agung DAP itu berkata, Putrajaya tidak sepatutnya menaikkan harga tol khususnya di lebuh raya Plus kerana tempoh pembayaran kerajaan terhadap syarikat konsesi sudah tamat.

"Sepatutnya rakyat tidak perlu membayar tol di Lebuhraya Utara Selatan ini.

“Memang tidak ada bayaran lagi. Kalau kerajaan bertukar kita akan mansuhkan tol ini," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di Kuala Lumpur hari ini, ketika mengulas tindakan Putrajaya menaikkan harga tol di beberapa lebuh raya baru-baru ini lapor The Malaysian Insider.