t>

Breaking News

Ibu Kongsi Pengalaman 2 Lelaki Mencurigakan Memerhatikan Kanak2 Keseorangan Di RnR Ayer Keroh.


Kepada ibu bapa di luar sana. Tolong baca sampai habis. Penculik kanak-kanak neh dah semakin melampau. Mereka sekarang neh sanggup menculik tak kira tempat, masa dan keadaan. Mungkin terdesak nak buat duit segera tetapi malas nak bekerja. Duit nak banyak. Tetapi sanggup pilih jalan hidup dengan mencari rezeki haram. Kesian kat mak bapak zaman sekarang. Mahu wujudkan persekitaran yang selamat di dalam rumah sendiri, depan sekolah, di kawasan awam pun dah tak boleh. Penjenayah di mana-mana. 

Huhu.

Baca ya. Perkongsian oleh Izyan.

Ok, since everybody is asking how was that happened, so i tell the story here.

14/10/15

RnR Ayer Keroh.

Saya sedang menunggu suami yang sedang mandi, dan solat (sebab dia baru lepas lawan bola, so kena mandi dan ini mengambil masa agak lama).

Saya duduk di sebuah meja yang betul2 tepi playground sebab iman nak main playground katanya. Playground dia agak gelap kerana waktu tu maghrib dan takde lampu yang terang kat situ.

Sambil memerhatikan iman main, saya perasan ada dua orang lelaki muda yang sedang sandar2 di tiang berdekatan playground. Saya heran diorang ni buat apa berhenti di rnr, tak makan, tak pegi toilet atau surau, tapi just lepak2 tengok keadaan sekeliling. Dalam hati dah pelik. Tapi saya diamkan saja.

Di playground ada seorang lagi budak kecil umur setahun lebih sedang main kuda spring bersama ayah dia. Tiba2 mak budak tu panggil ayahnya sekejap (meja mak dia just selang dua meja je dari meja saya), ayahnya pergi ke maknya yang just about sepuluh langkah aje dari kanaknya.

Within a second, mamat dua orang tu tetiba dah ada kat playground tepi budak kecik tu. Ayahnya perasan dan terus pergi ke anak dia. Mamat dua orang tu dengan wajah selamba berjalan semula keluar dari playground tu.

Saya yang memerhati terfikir, buat apa mamat ni masuk kat playground tu, bukan diorg ada bawak budak kecik pun. Ko jangan kata depa dua ni nak main kuda spring??

Masa tu iman mmg dah duduk dengan saya di meja. (For your info, iman mmg tak boleh sit still. Dia akan berkeliaran around like other normal 4year old boy does, luckily dia jenis responsive bila dipanggil).

After about 45minutes from that scene, iman datang kat ibu dan kata dia nak beli toy iguana di satu kedai toys yang betul2 berdepan dengan playground tu. It was just about 5 langkah dari meja saya duduk. Saya pun suruh dia pergi tanya kakak yang jual tu iguana tu berapa ringgit. Dia dengan gaya malu2 kucing dia tu pegi la kat depan kedai tu dan tekedek2 panggil kakak tu. (And yes, i watched him each and every second whithout skip).

Entah bilanya, Tiba2 mamat dua orang tadi tu berdiri tepi iman dekat kedai toys tu!

Ibu dengan paniknya menjerit dan dah tahap nak melompat ke arah iman menjerit panggil iman! Sini!. 
 
Iman yang blur terkejut dengar jeritan ibu dan terus pergi kat ibu. (Orang keliling pun terkejut jugak dengar bunyi halilintar bergema tetiba).

Mamat dua org tu pandang ibu dan terus berjalan laju meninggalkan kedai toys tu. 
Ibu peluk iman atas riba kuat2 dan mamat tu terus hilang di celahan kedai. Lemah lutut tak berdaya nak kejar ke apa. (Kang dia pelik pulak kenapa pulak ko nak kejar aku ye dak?).
Allahuakbar..terima kasih Allah.

Memang suspicious. 
 
(And parents, please be suspicious too if anybody behaves like this around you)

1. Apa diorang buat lepak di rnr. Tak makan, tak minum, just diri menyandar2 di dinding, dan mereka berada di rnr tu lama. After 45 minutes rupanya masih ada di situ tanpa buat apa2.

2. Kenapa nak masuk playground sedangkan takde kanak2 bersama mereka.

3. Kenapa nak pergi kedai toys sedangkan bersama mereka tiada kanak2 dan kenapa nak bejalan laju meninggalkan kedai tu lepas ibu jerit panggil iman. Dah kalau ko nak beli toys tu, beli ajelah.

Nasib baik ibu mmg tak lepas pandang iman dan make sure iman is within reachable radius.
Can you imagine kalau ibu terleka sesaat to find out iman tetiba dah takde kat situ? Oh allah... nauzubillah....

Kita ada daya upaya yang sangat limited. kita tak mampu nak pegang tangan anak kita 24/7. Nak pulak dia budak lelaki yang memang tak reti duduk diam. Takda daya upaya melainkan dengan pertolongan allah sahaja.

Doa pada Allah banyak2. 
 
Banyak2.

I share because i care. 
 
(Karang ada la parents yang 'perfect' kata kenapa tak ikut anak tu kemana dia pergi and blablabla). Just be realistic. Kids are kids. Of course kita dah buat segala yang kita mampu.

Anak kita tak sama dengan anak orang. Masing2 punya daya upaya. Feel free to judge, but i am here to share.

Just be careful parents.
Sumber.