t>

Breaking News

Individu Tampil Jawab Kritikan Husam Tentang Tunggakan YIK.


Berikut ialah jawapan balas kepada kritikan Husam Musa kepada kepimpinan Kelantan dalam isu YIK.
 
Kenali siapa sebenarnya HUSAM MUSA..

AM (Anak Muda) terpanggil untuk mendedahkan siapa sebenarnya Husam Musa (HM) setelah AM membaca leteran HM dalam FB miliknya berkaitan Kerajaan Negeri Kelantan.


Pada mula AM heran mengapa HM menyerang Kerajaan Kelantan. tetapi setelah soal selidik yang AM buat bersama-sama bekas orang-orang kanan HM barulah AM paham kenapa dan mengapa HM bertindak demikian. Sebenarnya jalan cerita HM hampir sama cerita Fakhrul Razi jatuhkan kerajaan Pas Kedah. Modus operandi yang sama juga sekarang sedang dan akan digunakan demi melihat jatuhnya sebuah lagi negeri dibawah kepimpinan Pas.

HM mula mengisi jawatan sebagai setpol kepada TGNA sebelum dia lantik sebagai Exco Negeri Kelantan bermula tahun 2004. Setelah mula menguasai Kerajaan Kelantan HM memulakan penguasaan dalam kerajaan negeri bermula dengan membawa balik kickdefella bagi membina imej HM. Memanggil semula rakan-rakan seangkatan dari Universiti Malaya adalah cara HM bina pengaruh di Kelantan. Antara contoh yang AM tengok adalah dengan membawa masuk Saifuddin Nasution dan Saudara Rosli PKR ke dalam Projek Tabung Tok Kenali. Mereka adalah rakan-rakan seangkatan HM di UM dahulu. Sememangnya HM adalah orang Anwar Ibrahim sejuk HM di Universiti Malaya maka apa yang hendak dihairankan hari ini HM kembali berjuang bersama kumpulan Anwaris untuk menjatuhkan Kerajaan Pas Kelantan.

Selain itu HM juga bijak menggunakan proksi dibawah kendaliannya apabila menukarkan CEO KPK dengan membawa masuk Fauzi dengan menggantikan Che Lah. HM juga bertidak membawa masuk Pn Fadhilah Isteri Fauzi sebagai CEO PNBK. Inilah cara HM menguasai Kerajaan Kelantan bagi memudahkan dana-dana kerajaan negeri diguna pakai oleh HM.

HM juga melantik Anuar Bakri menjadi setpol TGNA selepas HM menjadi Exco Kerajaan Kelantan bermula 2004. Disinilah kelicikan HM sehingga HM bukan sahaja menguasai kewangan Kelantan tetapi turut mengusai TGNA. Anuar Bakri adalah orang kanan HM yang bertindak sebagai individu yang bertanggungjawab mempengaruhi TGNA dalam banyak perkara sehingga berjaya mewujudkan pertelingkahan dalaman diantara TGNA dan TGHH. Antara contoh kejayaan HM memanafaat Anuar Bakri adalah melalui isu UG yang telah diputar belit. Maklumat yang disampaikan oleh setpol kepada TGNA kononnya TGHH dan Ust Nasha ingin membawa PAS masuk UMNO. Inilah usaha jahat HM sehingga menyebabkan TGHH dan kumpulan ulama Pas digelar UG.

HM juga bertindak berjumpa dengan TGNA setiap kali sebelum mesyuarat kerajaan negeri bermula. strategi ini diguna pakai bagi memastikan setiap keputusan HM mendahului rakan-rakan exco lain. Menjadi kebiasaan ahli-ahli exco akan menerima setiap cadangan dari TGNA sedangkan cadangan sebenar dari HM sendiri. Kita juga tahu HM telah mengkhianati amanah dan kepercayaan TGNA kepada HM. AM yakin dan percaya rakyat negeri Kelantan telah melihat bahawa TGNA hilang kepercayaan kepada HM sebelum TGNA pergi meninggalkan kita dan rakyat Kelantan khususnya.

Sekarang HM telah berjaya membuktikan kepada rakyat Negeri Kelantan bahawa beliau sekarang sedang bekerja sepenuh hati untuk memastikan kerajaan Negeri Kelantan dibawah kepimpinan Pas akan tersungkur dalam PRU 14. Inilah tujuan sebenar pendedahan HM kepada umum sedangkan ianya tidak pernah pun dibincangkan di dalam mesyuarat perhubungan mahupun mesyuarat kerajaan negeri. Adakah ini satu protes HM yang tidak dilantik menjadi exco? ataupun HM sedang bekerja mewakili pihak tertentu (musuh politik Pas) untuk menjatuhkan kerajaan Pas Kelantan?

 Kepada YB Dato' Paduka Hj. Husam Musa 
ADUN Salor
YDP Pas Kawasan Kubang Kerian

Bismillah,

Fakta Berkaitan YIK

Saya membaca kembali tulisan YB Dato' di dalam facebook berkaitan dengan tunggakan YIK. Apa yang di bangkitkan oleh Dato' bahawa tunggakan telah di selesaikan pada tahun 2012. Melalui data yang saya perolehi daripada rakan-rakan di YIK, Dikatakan, Ya memang tunggakan ada di selesaikan pada tahun 2012 itupun di sebabkan hasil daripada penjualan ladang milik YIK kepada PMBK Sawit. Jadi, hasil ini di gunakan untuk membayar tunggakan YIK.

Saya perincikan data dan jumlah tunggakan YIK mengikut tahun seperti di bawah ;

2007- RM 2, 286, 566
2008- RM 6, 121, 108
2009- RM 5, 028, 903
2010- RM 6, 998, 252
2011- RM 64, 896.12
2012- RM 1, 683, 334.58
2013- RM 5, 544, 963.02
2014- RM 9, 207, 327.45

Data di atas merupakan data yang saya perolehi daripada rakan-rakan di YIK. Jika di lihat, isu ini bukan merupakan satu perkara yang baru. Saya juga yakin bahawa YB Dato' mengetahui kepada dan mengapa masalah ini terjadi kepada YIK. Saya di fahamkan, tunggakan ini terus meningkat adalah di sebabkan hasil daripada ladang-ladang YIK masih belum di perolehi. Dan satu yang kita perlu fahami, pihak kerajaan yang saya yakin, dalam proses di dalam menyelesaikan masalah ini daripada awal lagi.

Juga, saya percaya YB Dato' punyai maklumat yang cukup kenapa masalah ini terjadi. Buat makluman Dato' dan pembaca yang budiman, di katakan, perbelanjaan untuk YIK yang di berikan oleh Kerajaan Kelantan adalah sebanyak RM 6.5 Juta yang di bayar secara bulanan. Manakala perbelanjaan yang di perlukan oleh YIK adalah sebanyak RM 8.3 Juta iaitu memerlukan tambahan sebanyak RM 1.8 Juta bagi setiap bulan

Jadi, saya menjadi keliru. Jika Dato' sedar tentang masalah ini sepertimana tulisan Dato', tidakkah Dato' tampil melalui mesyuarat-menyuarat bagi mencadangkan solusi ? tidakkah Dato' lupa bahawa Dato' masih lagi seorang ADUN Kerajaan. Dato' punyai banyak medium untuk membawa masalah ini. Tetapi sejauh mana peranan Dato' ? adakah setakat di facebook seolah ingin masyarat memuja Dato' sebagai hero rakyat ?

Dato', saya agak terkejut dengan tulisan Dato' yang mengatakan semasa Dato' menjadi Exco Kewangan, YIK bukan bidang tugas Dato' secara lansung. Saya tersenyum membaca kata-kata ini. Bukan apa Dato', projek Depu, Jamnapari, Terowong Harta Karung, Stadium dan Lebuhraya, adakah ini juga di bawah bidang Dato' ? Jika bukan, kenapa ia menunjukkan Dato' cuba untuk 'menggala' di dalam urusan Exco lain. Saya cuba menahan gelak. Jadi untuk YIK ini, ayat Dato' seolah ingin juga berlepas diri.

Saya juga membaca kenyataan daripada YAB Dato' Menetri Besar Kelantan bahwa Kerajaan Negeri akan menjawab setiap soalan di dalam persidangan DUN yang di jadualkan pada minggu depan. Jadi saya sebagai pegundi amat berharap Dato' boleh meghadiri ke persidangan DUN di atas kapasiti Dato' sebagai ADUN PAS bagi Salor. Nasihat saya, usahlah Dato' bermain politik meraih populariti, jika saya sebagai pegundi pun boleh mendapatkan maklumat berkaitan YIK ini sebagai contohnya, tak kan Dato' sebagai ADUN tidak boleh untuk merujuk terus kepada YIK. Melainkanlah Dato' punyai agenda tersendiri. Wallahu a'lam.?

 
Sekian,