t>

Breaking News

Jaga Urusan Kamu Sendiri - TMJ Kepada Pengkritik Isu Rambut Perang.


Wartawan yang nak interview TMJ pun siap berampun bagai dengan TMJ. Bapak gila menakutkan. Seram kot.

Hahahahahaha.

Baru2 neh TMJ warnakan rambutnya dan gambar2nya berambut perang mendapat perhatian masyarakat. Ada yang memuji tak kurang juga yang mengeji. Berikut adalah kenyataan yang dipetik menerusi Johor Southern Tigers. Ia menceritakan temubual TMJ dengan wartawan yang tidak dikenali dan dari majalah/suratkhabar mana yang wartawan itu wakili pun kita tak diberitahu.

HAHAHAHAHA.

Tapi yang menariknya, ramai yang memuji kenyataan TMJ dalam menjawab semula kritikan terhadap dirinya berkenaan rambut perang. Ini kalau Najib yang warnakan rambut, sesia je kena maki kot.

HAHAHAHA.

--------------

Wartawan: Ampun Tunku, baru-baru ini Tunku telah mewarnakan rambut, dan ini menimbulkan pelbagai reaksi dan komen. Mengapa Tunku melakukannya.

TMJ: Saya melakukannya untuk suka-suka sahaja, rambut saya pun. Sekiranya esok saya mewarnakannya biru atau merah, ataupun mencukurnya terus, itu urusan saya. Lagipun bukannya ia akan kekal begini, tak lama lagi hitam semula, jadi saya tak kisah apa kata orang. Hanya Tuhan sahaja yang berhak menghakimi saya.

Wartawan: Adakah terdapat apa-apa yang Tunku ingin sampaikan kepada segelintir mereka yang negatif tersebut?

TMJ: Ayahanda saya selalu berpesan, urusan yang paling baik adalah menjaga urusan sendiri. Dahulu saya selalu terasa hati apabila orang mengatakan perkara negatif berkenaan saya, tetapi kini saya tidak mempedulikannya. Biar saya kongsikan kepada anda satu cerita. Suatu hari, pihak PDRM telah menunjukkan saya gambar dua orang individu yang ditahan kerana memfitnah dan memburukkan saya dan keluarga saya. Setelah melihat rupa "keyboard warrior" tersebut, saya tidak marah lagi kerana saya sedar mengapa mereka begini dan seolah olah mereka ini tiada kerja lain. Saya tidak menyalahkan mereka, kerana kalau saya ada wajah sebegitu, tentu saya pun akan bencikan seluruh dunia. 

Apapun, saya doakan agar Allah S.W.T sentiasa merahmati mereka.

Wartawan: Menjunjung kasih, Tunku.

TMJ: Sama-sama.