t>

Breaking News

Kakitangan Baitulmal Ipoh Tengking Orang Tua - Nadya.

Semalam kecoh isu baitulmal Wilayah. Staff mereka melayan golongan asnaf dengan buruk di hadapan kaunter. Kisah berkenaan viral dan MAIWP telah mengambil tindakan drastik menghukum kakitangan yang terlibat. 

Selepas pendedahan tersebut, tampil seorang facebooker yang dikenali dengan nama Nadya Alya. Berkongsikan sikap buruk salah seorang staff baitulmal Ipoh.

Baca luahan Nadya.


Sebaran Nadya ini mendapat respon positif dan negatif dari pelbagai pihak. Bahkan kakitangan baitulmal Ipoh turut tampil memberikan respon secara sinikal.

Susulan dari penyebaran insiden tersebut, tindakan pantas telah diambil dan dikemaskini menerusi laman rasmi zakat Perak.

 

Diakhirnya dengan hashtag ==> Hidup Lebih Bahagia Jika Saling Memaafkan.

Apa punya gila la pusat zakat neh. Tak faham2 lagi kenapa orang viralkan tingkah laku biadap staff sendiri ke macam mana?

Haha.

Nadya juga diasak dengan komen2 provokasi yang mendesak dia memadamkan posting berkenaan. Bahkan, kononnya satu aduan polis telah dibuat ke atas dirinya oleh tuan empunya badan terhadap Nadya berikutan penyebaran gambar dan insiden berkenaan.

Nadya juga akan mengambil tindakan yang sama bagi mempertahankan penyebaran insiden berkenaan.

Hmmm.

Mulanya kata MAIPK dah ambil tindakan. So gaduh2 neh dah kenapa dan untuk apa? Kepada kakitangan berkenaan dan kenalan2nya, ambil iktibar atas kelakuan kita dalam melayan asnaf2 yang kesusahan dan terdesak. 

Kepada Nadya, teruskan mengadu ke pengarah MAIPK seperti yang anda hasratkan. Bersama kita mendidik kakitangan pusat zakat agar lebih berhemah dalam melayan golongan2 yang susah lagi memerlukan bantuan.