Kos Himpunan Merah Cecah 4.5 Juta Kata Zahid Hamidi.


Kos keseluruhan bagi mengendalikan Himpunan Rakyat Bersatu atau lebih dikenali sebagai ‘himpunan baju merah’ adalah sebanyak RM4,500,927.50 iaitu hampir sekali ganda berbanding perhimpunan Bersih 4.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi PDRM menggerakkan 263 pegawai dan 3,648 anggota lain-lain pangkat untuk perhimpunan baju merah menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.
“Bagi perhimpunan Bersih 4, pihak polis menggerakkan 191 pegawai dan 2,419 anggota yang diadakan pada 29 dan 30 Ogos. Kos keseluruhan yang digunapakai adalah sebanyak RM2,737,440,” katanya memetik sumber Mstar.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Anthony Loke (DAP-Seremban) yang bertanyakan mengenai jumlah anggota polis dan kos keseluruhan yang ditanggung PDRM bagi kedua-dua himpunan tersebut.
“Bagi kedua-dua penugasan yang terlibat, PDRM menggunapakai semua elemen dalam PDRM yang terdiri daripada keanggotaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Cawangan Trafik, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), dan Cawangan K9 JSJ, serta lain-lain elemen.
“Kesemua elemen ini adalah di bawah kawal selia ketua polis Kuala Lumpur,” katanya.

Share this :

Previous
Next Post »