t>

Breaking News

Kos Penerbangan Najib Untuk 6 Bulan Ialah 40.8 Juta - Rafizi Ramli.

Bercakap dalam satu sidang media di lobi parlimen sebentar tadi, Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan mendakwa pesawat yang digunakan oleh kerajaan, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sepanjang enam bulan lalu menelan perbelanjaan kos RM40.8 juta.
Katanya, jet ACJ320 milik kerajaan itu membuat 42 penerbangan di antara bulan April dan 2015 September.
 

Rafizi menganggarkan sepanjang tempoh berkenaan, kerajaan membayar RM13.3 juta bagi sewa, RM23 juta untuk operasi, penyelenggaraan dan pengurusan manakala RM4.5 juta lagi bagi penerbangan.

"Jika angka-angka ini tidak betul, saya mengalu-alukan kerajaan untuk memberi angka sebenar.

"Jika tidak, kami akan mengandaikan bahawa angka-angka ini adalah betul," katanya, seperti dipetik menerusi Malaysiakini.

Rafizi memberikan anggaran jumlah RM40.8 juta selepas kerajaan enggan mendedahkan jumlah yang dibelanjakan untuk pesawat Najib sepanjang enam bulan itu.

Dalam jawapan bertulis di Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said sekadar mendedahkan bahawa pesawat itu membuat 42 penerbangan membawa Yang di-Pertuan Agong, Najib dan timbalannya ke majlis rasmi.