t>

Breaking News

Mahu Bina Hospital & Sekolah Punca Kerajaan Terpaksa Naikkan Kadar Tol - Menteri.

#$%$&%*^&$#%$$%^%$$#^%*%T$%.

Itu apa? Bahasa carut kelas tinggi. Tak payah engkorang tahu la.

HAHAHA.

Ini menteri banyak jilake wo. 

- Subsidi hapus.
- Laksanakan GST.

Ini tak cukup save lagi ke untuk bina lebih banyak hospital dan sekolah? Bukan sekadar bina, kena naik taraf sama. Tapi dengan peruntukan tambahan yang ada, tak cukup2 lagi ke sampai rakyat nak tokok pula?

Btw, siapa yang buat perjanjian konsesi berkaitan pampasan tue? Rakyat ke atau kerajaan? Dah kerajaan yang pandai2 deal, pandai2 sign, pandai2 setuju dan pandai2 laksanakan maka pandai2 la tanggungjawab guna duit poket sendiri. Yang p babitkan duit rakyat buat apa hah setan?

Tambahan. 

- Kenderaan semakin banyak.

- Setiap tahun trafik meningkat.

- Ini bermaksud konsesi tol at least berpontesi mendapatkan semula pelaburan lebih awal dari apa yang mereka jangka sebelumnya.

- Dan ada di antara konsesi tol berjaya mendapat grant kerajaan = people's money tu woi.

- Tak pernah dengar konsesi tol rugi. Malahan untung berlipat ganda itu yang dok asyik buat lebuhraya aje kan.

- So takde sebab kenapa kenaikan ini harus dibenarkan apatah lagi kenapa kerajaan bodoh sangat p buat deal yang berat sebelah sampai menawarkan pampasan andaikata menahan kenaikan tol setiap 2 - 5 tahun mendatang? Takan tak boleh fikir bahawa perjanjian itu ialah bodoh? Ahhh mungkin bodoh2 perjanjian itu pada rakyat pun kita dapat makan sesuatu ke macam mana? 

Baca ;

Kadar tol di 10 lebuh raya akan dinaikkan secara drastik berkuatkuasa Khamis ini kerana kerajaan memutuskan tidak lagi bagi membayar pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi yang terbabit sebagai mana yang diperuntukkan dalam Perjanjian Konsesi.

Menurut Kementerian Kerja Raya, wang berkenaan boleh digunakan bagi menyediakan lebih banyak kemudahan kesihatan seperti membina lebih banyak hospital, membina lebih banyak sekolah dan sebagainya.

Kenyataan itu juga menyebut kerajaan terpaksa membelanjakan kira-kira RM1.5 bilion sebagai pampasan kerana tidak membenarkan kenaikan harga tol sejak 2008.

“Kerajaan berpandangan pampasan-pampasan penangguhan kenaikan kadar tol sewajarnya digunakan untuk melaksanakan projek-projek pembangunan yang lain yang boleh memberi kesan pengganda (multiple effect) kepada ekonomi negara yang seterusnya boleh memanfaatkan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

“Umpamanya, ia boleh digunakan untuk membiayai kerja-kerja penurapan semula jalan-jalan sedia ada, menyediakan lebih banyak kemudahan kesihatan seperti membina lebih sekolah dan sebagainya,” petik kenyataan itu lagi. - Mkini.