t>

Breaking News

"Naik Train Ada Tol" - Wan Azizah Kena Troll Dengan Penyokong UMNO.

Aduhai.

Orang tue tersalah dengar kot. Kan ramai wartawan yang bertanyakan soalan serentak dalam satu masa yang sama. Tak mustahil langsung untuk Wan Azizah tersalah dengar dan respon sebegitu atas perkara yang dia tersalah tafsir.

Ini sebaran budak2 UMNO now. Jadi modal gelak, sindiran dan troll depa sekarang.

Tengok ;

 

Pada awalnya. Memang la kelakar juga. Tetiba je naik train ada tol balas DSWA.. 

Tetapi sebenarnya takde la teruk apa pun salah macam tu. Sungguh pun aku tak bersetuju DSWA sebagai ketua pembangkang tetapi isu-isu kecik macam neh nak rendahkan intergriti dia sebenarnya tak kena langsung kot.

Salah dengar atau salah faham neh perkara kecik je pada manusia macam kita.

Cuma aku akui la. DSWA tak macam DSAI ataupun Nurul Izzah. Nurul Izzah memang pandai berpolitik sebab mungkin dipengaruhi oleh bapanya dan juga memang dia telah di didik ke arah itu sejak dari remaja.

Berbeza dengan DSWA. Dia hanya pengganti kepada DSAI. Dia ialah suri rumah yang bijaksana tetapi sayangnya bukan kepandaian dia dalam isu-isu berkaitan politik neh. Dia mahir bab lain tetapi bab berpolitik dan mentadbir, sedih aku nak cakap. Menangis rasanya dapat ketua pembangkang macam neh. Kalau dah PH takde calon lain maka terpaksa la aku kena tunggu DSAI laju2 keluar penjara dan pegang balik jawatan ketua pembangkang. Sungguhpun dipalit dengan pelbagai masalah peribadi dan kontroversi at least inila tokoh pembangkang yang paling kerap bahas permasalahan berkaitan ekonomi negara. Nak harapkan DSWA, aku rasa Rafizi lagi cepat serap dan kupas isu-isu semasa kot. Tapi yang ketua pembangkangnya dia..

Hahahahaha.