Nik Abduh Setuju Larangan Pembesar Suara.


 Tindakan Kerajaan Pulau Pinang yang hanya membenarkan penggunaan pembesar suara untuk azan dan iqamah disokong Pemuda Pas berdasarkan sunnah Rasullullah.

Ketuanya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, berdasarkan ajaran Islam, adalah tidak wajar mengganggu orang bukan Islam.

"Betul lah. Islam tidak mengganggu masyarakat lain," katanya.

Menurutnya, Pas telah membuat pendirian itu sejak dahulu lagi.

"Allahyarham Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menyatakan pendirian itu dan ianya tidak akan berubah," katanya.

Beliau berkata, perkara ini timbul apabila masyarakat bukan Islam menjadi majoriti negeri itu.

"Dari sudut siasah syariah, tindakan melarang masjid daripada membuat perkara yang mengganggu orang lain adalah betul," katanya. -SH

Share this :

Previous
Next Post »