PR Tolak AMANAH Sejak Dari Awal Lagi - Nik Abduh.

 
Pakatan Rakyat (PR) yang kini tinggal Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan terus bekerjasama dengan mana-mana parti pembangkang asalkan bukan Parti Amanah Nasional (Amanah).
 
"Kita terima mana-mana parti yang berminat untuk bersama PR tetapi jika Amanah yang datang, awal-awal lagi kami tolak sebab memang Pas tidak berminat untuk menjalin kerjasama dengan mereka.
 
"Sebabnya jelas, mereka adalah bekas ahli Pas yang kini sudah tidak sealiran dengan perjuangan kami sehingga sanggup tinggalkan parti dan tubuh sebuah parti baharu," kata Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Abduk Nik Aziz ketika ditemui wartawanMalaysiaGazette di lobi Parlimen pagi tadi.
 
Tegas Nik Abduh, kewujudan Amanah tidak menggugat kekuatan Pas terutama golongan muda.
 
"Biarlah mereka bergerak dengan cara mereka. Pemuda Pas tidak goyah dan kalau ada yang berjaya mereka pujuk pun, tak seramai yang masuk dan menyokong Pas.
 
"Mereka pengaruh orang ramai untuk sertai Amanah dengan menggunakan populariti yang mereka kecapi sewaktu bersama Pas," katanya.
 
Tambah Nik Abduh, Pas dan PKR akan saling bekerjasama dalam memperkukuhkan PR.
 
"Hubungan kami tidak terjejas walaupun DAP mengatakan PR telah tinggal kenangan," katanya. - MalaysiaGazette

Share this :

Previous
Next Post »