t>

Breaking News

Rani Kulup Persoal Ke Mana Hasil GST & Kenapa Semakin Banyak Barang Yg Naik - Tol Harus Dihapuskan Kata MJMM.


Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah menggesa kerajaan menghentikan tindakan menaikkan kadar tol di lebuhraya terlibat sekaligus menghapuskan sistem tol.
Menurutnya, keadaan rakyat yang sememangnya sudah terbeban kerana perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), penurunan matawang negara serta ketidakstabilan harga petrol yang hanya akan menyusahkan rakyat.
“Rakyat akan menjadi semakin tertekan dengan bebanan lain yang semakin meningkat. Jangan bebankan rakyat lagi, tiada sebab untuk naikkan kadar tol. Jangan sampai rakyat memberontak pasal tol.
“Kerajaan sepatutnya campur tangan dalam hal ini, harga tol tidak boleh dinaikan sesuka hati. Malaysia sepatutnya tidak perlu mengenakan sistem tol ini lagi, hapuskan terus sahaja,” memetik laporan portal The Rakyat Post.
Abdul Rani Kulup Abdullah turut menggesa kerajaan menangguhkan kenaikan kadar tol yang akan berkuat kuasa esok. Katanya, kerajaan perlu mencampur tangan dalam perkara itu, supaya kadar tol tidak dinaikkan sewenang-wenangnya, sekalipun wujud perjanjian konsesi.

“Tol ini sebenarnya boleh rileks dulu, sekarang rakyat sudah menghadapi pelbagai kenaikan harga barang.


“Nanti bukan tambang tol yang naik, rakyat yang ‘naik’ hantu nanti. Kita tahu ada perjanjian konsesi, tetapi kerajaan tetap perlu campur tangan, jangan naikkan lagi harga tol buat masa sekarang, kerajaan harus memahami tekanan yang rakyat lalui,
” ujarnya.


Malah katanya lagi, kenaikan itu tidak relevan kerana masalah pengurusan tol masih dilihat tidak terurus sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas terutama di lebuhraya-lebuhraya utama.
“Hari-hari lebuhraya penuh dengan kenderaan, jadi kenapa perlu naikkan harga tol lagi, kerajaan sepatutnya menangani masalah pengurusan tol yang semakin tidak terurus sehingga sesak lalu lintas.
“Tol di Malaysia ini tumbuh bagaikan cendawan, kiri kanan ada tol, dan bila harga tol dinaikkan lagi rakyat akan marah walaupun naik 10 sen sahaja".
Pada masa yang sama Abdul Rani turut mempersoalkan pendapatan yang diterima oleh kerajaan hasil kutipan cukai GST yang sepatutnya mampu mengatasi masalah kenaikan kadar tol.
“Ayah pun tak faham ke mana perginya hasil kutipan cukai GST, sebab semakin hari semakin banyak harga yang naik,” katanya.
Setakat ini, sebanyak 18 syarikat konsesi lebuh raya telah mengumumkan kenaikan kadar tol antara 20 sen hingga RM6 yang akan berkuat kuasa esok.

Kementerian Kerja Raya menjelaskan, kerajaan telah membayar pampasan sebanyak RM1,108 juta antara 2008 dan 2013, serta RM403 juta pada tahun lalu, untuk penangguhan kadar tol.