t>

Breaking News

Rosmah Sanggup Pegang Kaki Kudung Rakyat Palestine - Rizal Mansor.

Tindakan sebuah blog yang mendakwa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor enggan bersalaman dengan warga emas, kaum Bidayuh baru-baru ini dibidas sebagai perbuatan orang sakit jiwa.
Pegawai Khas Rosmah, Datuk Rizal Mansor berkata demikian apabila sebuah blog melemparkan tuduhan yang tidak munasabah terhadap majikannya itu.
“Admin blog itu ada masalah jiwa, dituduhnya Rosmah enggan salam dengan warga emas Bidayuh.
“Pada orang yang normal akan nampak jelas Datuk Seri Najib angkat tangan warga emas itu yang dipenuhi dengan gelang dan menunjukkan pada Datin Seri Rosmah.
“…Tak payahlah admin blog tu nak buat citer kononnya Datin Seri Rosmah tak nak salam sebab orang itu warga emas,” katanya.
Rizal turut membandingkan bagaimana Rosmah pernah memegang kaki seorang rakyat Palestin yang kudung.
“Korang tengoklah kaki kudung orang Palestin yang kena serpihan bom, beliau (Rosmah) sanggup pegang,” katanya melalui status yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook pada Isnin.
Jelasnya, apa yang dilakukan Rosmah itu mampu menepis dakwaan pihak-pihak tertentu yang berani menuduh Rosmah sebagai seorang yang sombong - FMT.