t>

Breaking News

Secara Tiba2 Media Pro Kerajaan Laporkan Berita Mengenai Penemuan Bangkai #MH370.

Apa sudah berlaku?

BH Online, Metro, Kosmo, Mstar = terutamanya media-media berbahasa melayu yang pro kerajaan sejak semalam kencang melaporkan penemuan bangkai MH370.

Baca rentetan laporan kejap ;

Laporan Kosmo.

Lelaki yang membuat laporan polis mengenai dakwaan penemuan bangkai  pesawat MH370 di Kepulauan Tawi-Tawi, Filipina Indonesia berkata pihak polis ketika ini sudah berada dirumahnya bagi mengumpul maklumat berkaitan laporan yag dibuat kelmarin.

Jamil Omar, 46 berkata pihak polis sejak pukul 9 pagi lagi bertemu dengan saudaranya bagi mendapatkan maklumat lanjut.

"Mereka (polis) masih berada di rumah saya ketika ini," katanya.


Mengulas mengenai bendera yang dibawa oleh saudaranya ke rumah beliau, Jamil berkata ia bersaiz besar dan sedikit terkoyak.

"Ketika menjumpai bendera ia dalam keadaan kotor, dan saudara saya telah membasuhnya sebelum membawa ke rumah saya," jelasnya..

--------------------------
Aku godek2 gambar bendera kerana ternampak rakan2 di wassap viralkan gambar dari SiakapKeli. Tak sure pula mana dia dapat. 

HAHAHAHA.

Tengok gambar ;


- Bendera kotor.
- Sedikit terkoyak.
- Dah dicuci terlebih dahulu.

Kesan lipatan aku tak heran tapi ye la, kau jumpa something yang macam bendera neh kan, jadah apa kau cuci? Hilangkan bahan bukti? Bila saudaranya membawa ke rumahnya bukan kah saudaranya sendiri dah mempunyai andaian terdapat sesuatu yang mencurigakan dan kenapa bukan sejak dari Sept lagi melaporkan kejadian tersebut?

Hihi.

Laporan Metro.

Lelaki yang membuat laporan polis mengenai dakwaan penemuan bangkai pesawat yang dipercayai milik MH370 telah menyerahkan sehelai bendera Malaysia dan tiga keping gambar Pulau Sugbay yang dibawa ke Malaysia oleh ibu saudaranya.

Jamil Omar, 46, berkata dia mendapat maklumat mengenai perkara tersebut dari ibu saudaranya, Siti Kayam Kisung, 57, yang melawat saudara di Filipina.

Menurut laporan sebelum ini, bendera itu diambil oleh penduduk di kawasan penemuan bangkai tersebut.

"Bendera itu ditemui dalam bangkai pesawat oleh penduduk pulau itu yang pergi memburu burung. 


"Saya berikan semua bukti itu kepada anak saudara sebelum diserahkan bendera itu kepada polis bersama tiga keping gambar pulau atau lokasi umum tempat itu.
 

"Penduduk di sana mendakwa terlihat bangkai pesawat di pulau itu ketika melawat keluarga di Pulau Sugbay, September lalu,".

Tambahnya juga, penduduk disana tidak mengenali bendera Malaysia dan tidak mengetahui tentang pesawat yang hilang memandangkan kawasan itu kurang berpenghuni dan kurang mempunyai alat komunikasi.

"Kerana kurang peralatan elektronik atau kamera, orang sana tidak mampu merakamkan sebarang gambar bangkai pesawat itu.

"Saya kemudian datang ke Sabah lalu menceritakan hal ini kepada mereka dan seorang anak buah saya membuat laporan polis agar dapat membantu dalam pencarian terbabit,".
 
Pendapat aku secara peribadi. Sebelum membuat laporan polis atau hebahan media, apa kata kalau keluarga tersebut ke tempat penemuan semula dan rakam apa2 yang patut. Kamera sekarang paling cikai2 dapat dah 200 ringgit. Pakai hp pun dah ada kamera dah kot.

Jumpa bangkai, ambil bendera. Kenapa bukan angkut benda yang lagi penting contohnya macam sebahagian dari peralatan bangkai ke. Macam mana dengan keadaan penumpang?

Aduhh. Dan2 ada bendera Malaysia. Tak faham aku.

Dan ini pula penafian dari polis Pilipin.

Laporan Mstar.

Polis di selatan Filipina bingung dengan dakwaan penemuan bangkai pesawat yang dipercayai MH370 di dalam hutan di sebuah pulau terpencil  di Tawi-Tawi.

Pegawai kanan polis Filipina di Wilayah Autonomi Islam Mindanoa berkata pihaknya masih belum menerima sebarang laporan mengenai pesawat terhempas.

"Kami akan melakukan pemeriksaan tetapi sekiranya terdapat mana-mana pesawat terhempas di dalam wilayah ini, orang awam pastinya akan memaklumkan kepada pihak berkuasa.

"Sehingga hari ini, tiada laporan diterima," kata pegawai kanan polis, Superintendan Rodoleo Jocson.

Jocson turut berkata beliau pelik dengan dakwaan penemuan bangkai pesawat di Pualau Sugbay, Tawi-Tawi.

Konsepnya begini.

Sungguh pun orang awam tak melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa, Filipina tetap tahu jika ada 'bendasing' masuk ke ruang udara mereka. Nampak?

Itu kan membabitkan kawalan udara dalam lingkungan negara mereka. Dah sah2 pihak tentera maklum terlebih dahulu.

Adoi.

Sekarang aku tak faham cerita sebab kenapa secara tiba2 media pro kerajaan senandungkan isu MH370 neh?

Kalau seriyus jumpa aku tak kisah.

Cuma aku tak sedap ahti. Jika isu neh digunakan atas sesuatu tujuan. Fikir sama perasaan ahli keluarga. Isu MH370 bukan bahan permainan untuk meraih sentimen perhatian atau dijadikan bahan propaganda.

Sudah-sudah la tu.