Sekolah Diarah Tutup 5 & 6 Oktober Kerana Jerebu Teruk - Menteri Pendidikan.

Langkah tutup sekolah terbesar sehingga kini selepas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengumumkan semua sekolah di Malaysia ditutup kecuali melibatkan negeri Kelantan, Sabah dan Sarawak.
Mahdzir pagi Ahad berkata, bagi sesi persekolahan petang di Kedah, Terengganu dan Johor pada hari ini (Ahad ) ia diarahkan ditutup.
"Guru dan murid tidak perlu hadir ke sekolah," katanya dalam sidang media di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang di Jalan Kuala Kedah, Ahad.
Sekolah yang terbabit tidak perlu menggantikan persekolahan mereka akibat penutupan ini. Peperiksaan PT3, STAM, SPM dan STPM 2015 akan diteruskan mengikut jadual.
Calon-calon akan dibantu serta diberi peringatan agar sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib semasa bencana jerebu.
Pada pukul 9 pagi, kualiti udara di Shah Alam berada pada tahap sangat tidak sihat dengan bacaan 308.
Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di bandar itu mencecah 308 berbanding 299 sejam sebelum itu, menurut laman web Jabatan Alam Sekitar.
Lima kawasan lain yang turut merekodkan bacaan sangat tidak sihat adalah Batu Muda (271), Petaling Jaya (256), Banting (249), Port Klang (243) dan Putrajaya (235).
Kawasan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat pula adalah Seremban (200), Cheras (184), Kuala Selangor (171), SK Jalan Pegoh, Ipoh (175) dan Seberang Jaya 2 (166).
Keadaan jerebu semasa juga menyebabkan tiga landasan kapal terbang ditutup pada Ahad iaitu di Sultan Abdul Aziz Shah Airport di Subang, Sultan Abdul Halim Airport di Alor Setar dan Sultan Azlan Shah Airport in Ipoh. -Agenda

Share this :

Previous
Next Post »