t>

Breaking News

Shahrul Izani Dimasukkan Ke Penjara Umur 19 Tahun & Kini Menunggu Saat Di Gantung - Adakah Dia Layak Diberi Peluang Kedua? Sign Petition Ini.

Kenapa Tiada Maaf?

Masa kau umur 19 tahun, apa benda bangang yang kau buat? Kalau aku, aku pergi bertumbuk dengan penyokong pasukan bola yang lain... Ketika kita 19 tahun, kita buat banyak benda bodoh. Bergantung dengan keadaan sekeliling kita lah... Kalau sekitar kau ramai kaki bola, kau jadi kaki bola... Kalau sekitar kau ramai mat motor, kau akan jadi mat motor... Kalau sekitar kau ramai stoner, kau akan jadi stoner lah...

Begitu juga dengan #Shahrul_Izani_bin_Suparman. Umur 19 tahun saja. Nyawanya sekarang di hujung tanduk. Bila-bila je nak kena gantung.

Sudahlah marijuana itu sendiri bukannya dadah, malah ia adalah herba. Bukan seperti Cocaine dan Heroine.Bukannya sintetik seperti Her-5 atau batu. Buku Cocaina tulisan Magnus Linton dan The Last Narco oleh Malcolm Beith jelas-jelas menerangkan#war_on_drugs adalah untuk memastikan company pharmaceutical boleh kaut untung berlipat kali ganda dengan limitkan supply resources (cocaine, heroine dan marijuana adalah antara bahan asas ubat) dan membiayai kegiatan-kegiatan haram state seperti CIA dan DEA untuk menjatuhkan kerajaan demokratik sekitar Amerika Selatan, Timur Tengah dan Afrika Utara.

Point aku sebenarnya, adakah hukuman gantung untuk kesilapan ketika remaja itu worth untuk ambil kehidupannya? Adakah kesilapannya sampai ke tahap membunuh nyawa manusia? Perempuan bangang yang membunuh baby (buang bayi) pun aku rasa, tidak berhadapan dengan hukuman gantung mandatori.

Dia sudah membayarnya dengan masa remajanya di habiskan di penjara Sg Buloh. Cuba kau bayangkan masa remaja kau habis hanya semata-mata satu kesilapan. 

Dia berhak untuk membetulkan kesilapannya. #Hazmi_Salah_Perang pun berhak betulkan kebangangannya.

Terima kasih #Amnesty_International_Malaysia kerana highlight kes ini... Apalagi yang kau tunggu? Sign je petition. Bukannya mintak kau pi langgar Sungai Buloh tu... May be itu je yang tinggal untuk selamatkannya di atas kesilapan kita kerana buat tak tahu di atas sistem yang bodoh yang kita semua hidup sekarang....

http://amnesty.my/Messages_To_ShahrulIzani


Oleh Faisal Ahmad.