Kevin Morais
Anak bongsu daripada empat beradik itu mendakwa, beliau ragu dengan pengakuan yang dibuat Charles Suresh, 52.

Richard, 49, turut mempersoalkan tindakan Charles Suresh yang tiba-tiba tampil dengan maklumat berkenaan seolah-olah dia begitu rapat dengan Kevin sehingga Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan dari Jabatan Peguam Negara itu mengirim maklumat tersebut.

“Tidakkah pelik jika Kevin menghantar maklumat penting itu kepadanya (Charles Suresh) sedangkan namanya tidak tersenarai dalam wasiat Kevin malah, dia juga tidak membayar satu sen pun kos pengebumian mendiang sebaliknya ditanggung sepenuhnya oleh saya.

“Kevin juga seorang yang tegas dan tidak berkongsi maklumat terutama mengenai kerjanya termasuk kepada ahli keluarga. Saya ragu bagaimana mendiang boleh kirim maklumat itu,” katanya seperti yang dipetik dari Utusan Malaysia.

Richard kini berada di Perak bagi mewakili abangnya, Kevin, 55 untuk menerima darjah kebesaran dari Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, esok.

Sehubungan itu, ahli perniagaan itu menggesa Charles Suresh segera mengemukakan bukti yang didakwa diperolehnya itu dan bukan hanya sekadar bercakap kosong.

Beliau turut meminta pihak polis melakukan siasatan terhadap dakwaan itu.
Sementara itu Malaysiakini melaporkan  dalam SD yang dibuat oleh Charles, dia mendakwa sepupu mereka Jamie dari London membayar yuran bil awal, dan beliau (Charles) membayar bakinya kerana “kedua-dua Richard dan David tidak berada dalam kedudukan kewangan untuk berbuat demikian".
SD itu juga memuatkan penampilan tidak baik mengenai tingkah laku Richard semasa pengebumian.
Charles dan Richard kini bertelingkah tentang kematian abang mereka, Kevin Morais dengan Charles menggunakan portal pro pembangkang bagi menyampaikan dakwaan dan Richard menggunakan portal pro kerajaan bagi membidas kenyataan abangnya itu - Sozcyili.