t>

Breaking News

Akhirnya Syria Yang Jadi Mangsa & Kaitannya Dengan Israel.


Perancis tingkatkan serangan ketenteraan ke Syria.

1. Sebagaimana orang lain, saya juga mengutuk keras serangan keganasan di Paris yang mengorbankan ratusan nyawa orang awam.

2. Ia adalah perbuatan terkutuk daripada perspektif mana-mana agama kerana jelas bertentangan dengan fitrah kemanusiaaan.

3. Saya berpandangan bahawa Zionis atau kumpulan yang ditaja oleh Zionis adalah dalang sebenar kepada serangan. Kalau ISIS didapati terlibat di sini, maka ia mengesahkan bahawa ISIS adalah tajaan AS dan zionis kerana sasaran yang sepatutnya mereka tujukan adalah 'rejim negara haram Israel' yang telah menjajah Palestin sejak 1948 lagi.

4. Dunia antarabangsa seharusnya berlaku adil dan bertindak senada dalam mengutuk keganasan dan terorisma. Ratusan ribu rakyat Palestin telah dibunuh atau dipenjarakan oleh rejim Israel sejak mereka menjajah Palestin lebih daripada 67 tahun yang lalu. Kenapa dunia antarabangsa hanya diam membisu?

6. Bagaimana dengan serangan rejim Bashar al-Asad terhadap rakyatnya yang telah dibantu Iran, Irak dan Hizbullah (rangkaian Syiah) dan Russia hingga membunuh lebih 300,000 ribu rakyat Syria sejak Mac 2011 satu tragedi yang paling dahsyat di abad ini. Di mana suara dunia antarabangsa ?

7. Generai Fatah as-Sisi, ketua kerajaan tentera Mesir telah membunuh ribuan rakyat Mesir dalam usaha menggulingkan Presiden Morsi yang telah dipilih secara demokratik oleh majoriti rakyat Mesir, kini diangkat sebagai tokoh negara dengan layanan karpet merah. Di manakah nilai demokrasi dan kemanusiaan dunia antarabangsa?

Saya mengulangi pandangan saya bahawa peristiwa yang berlaku di Paris, Palestin, Syria, Mesir, Irak, Lubnan dan sebagainya adalah berhubung-kait di antara satu sama lain serta mempunyai hubungan yang rapat dengan projek pembinaan 'The Greater State of Israel' dan penguasaan zionis tergadap dunia antarabangsa.