t>

Breaking News

Anak Najib Razak Pula Tampil Membela VAPE.


Anak lelaki Perdana Menteri, Mohd Nazifuddin Najib dalam satu kenyataan memberi sokongan terhadap industri vape dan berharap ia tidak diharamkan  dinegara ini.

Mohd Nazifuddin Menerusi kenyataannya di Facebook pada Rabu lalu berkata, beliau secara peribadi menganggap industri vape memberi impak yang baik untuk negara.

Pada 30 Oktober lalu kabinet mengambil keputusan untuk tidak mengharamkan penggunaan vape walaupun Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S Subramaniam mencadangkan agar pengharaman penggunaan vape.

"Saya berharap industri ini (vape) akan terus berkembang di Malaysia. Saya tidak setuju sekiranya penggunaan vape diharamkan.

"Banyak produk vape yang terbaik datang daripada usahawan muda tempatan yang ada kreativiti dan inovasi,jadi saya akan beri galakan kepada mereka," katanya menerusi entri di Facebooknya memetik laporan Sinar Harian.