t>

Breaking News

Berbahas Inggeris Di Dalam Parlimen - Ulama Muda UMNO Tanya 21 Soalan Kepada MP DAP. [VIDEO INSIDE]


Baru-baru ini MP DAP dari Kuching mempersoalkan tindakan parlimen yang melarang perbahasan dilakukan dalam bahasa English. Lalu berlakunya sesi debat di mana MP DAP berkeras mempertahankan hak MP-MP dari Sarawak & Sabah untuk berbahas dalam bahasa English merujuk kepada hak yang termaktub dalam perlembagaan.

Walaubagaimanapun, tindakan MP DAP itu kemudiannya dipertikaikan oleh beberapa MP-MP BN di dalam dewan bahkan turut dikutuk oleh netizens kerana lebih mementingkan bahasa English sebagai bahasa sekunder berbanding bahasa Malaysia sebagai bahasa primer dan rasmi di negara ini. Tindakan itu juga menguatkan lagi spekulasi bahawa andai DAP mentadbir negara ini bahasa melayu akan dihapuskan sebagai bahasa kebangsaan sepertimana yang sering dilaung-laungkan oleh pimpinan UMNO.

Susulan dari itu, Ustaz Fathul Bari, ulama muda UMNO turut tampil menyediakan 21 soalan untuk dijawab oleh MP DAP Kuching.

Berikut soalan-soalan tersebut seperti yang dipetik menerusi laman rasmi fb yang mewakili UFB.

21 SOALAN UNTUK YB BANDAR KUCHING

Beberapa persoalan bermain di minda saya setelah menonton sikap ahli parlimen bandar kuching yg berkeras mahu berbahasa inggeris dalam parlimen walaupun tidak diizinkan speaker:

1. Mungkinkah YB bandar Kuching tidak tahu berbahasa Melayu dgn fasih?

2. Adakah dengan "berbahasa Inggeris", isu dan permasalahan rakyat dapat diselesaikan?

3. Sejak wujudnya parlimen, pernah atau tidak ahli parlimen ingkar arahan speaker dlm soal penggunaan bahasa?

4. Adakah YB bandar kuching bertujuan melakukan provokasi dalam parlimen akibat Pilihanraya Sarawak yg makin hampir?

5. Adakah YB Bandar kuching benci bahasa Melayu?

6. Adakah majoriti rakyat di sarawak berbahasa inggeris?

7. Adakah syarat nak jadi ahli parlimen perlu menguasai bahasa inggeris?

8. Adakah pengundi YB Bandar Kuching majoritinya berbahasa inggeris?

9. Adakah kempen pilihanraya YB Bandar Kuching dan komunikasi dgn masyarakat di kawasan YB semuanya dalam bahasa inggeris?

10. Adakah orang kawasan YB bandar kuching tidak tahu berbahasa melayu dan lebih selesa berbahasa inggeris sehingga menyebabkan YB sendiri terikut-ikut.

11. Soalan utk umum: Baguskah tahap sebutan&tatabahasa inggeris YB Bandar Kuching?

12. Benarkah YB Bandar Kuching sentiasa akan mematuhi peraturan dalam parlimen sptmana YB pertahankan penggunaan bahasa inggeris?

13. Jika peraturan dalam parlimen YB Bandar kuching bersungguh-sungguh mematuhinya, adakah YB akan bersungguh-sungguh patuhi perlembagaan persekutuan?

14. Adakah YB Bandar Kuching berbicara mewakili parti DAP, atau hanya pandangan peribadi YB shj?

15. Adakah semua pemimpin DAP berkempen dalam bahasa inggeris?

16. Adakah bahasa melayu menyebabkan rakyat terpinggir?

17. Masih trfikir, Kenapa YB Bandar Kuching begitu "mengidam" berbahasa inggeris?

18. Adakah YB Bandar Kuching bangga apabila tidak menghiraukan teguran speaker? Boleh kongsikan perasaan YB?

19. Adakah dengan berbahasa Inggeris dapat mempercepatkan lagi penyelesaian isu-isu rakyat?

20. Adakah rakyat mengundi YB untuk berbahasa inggeris di parlimen?

21. Adakah di sisi YB Bandar Kuching bahasa melayu itu adalah bahasa UMNO, BN&PAS atau bahasa Melayu itu bahasa kebangsaan?

Video yang dimaksudkan ;

MP DAP Kuching memperlekehkan Bahasa Melayu di dewan rakyat
Chong Chieng Jen Ketua DAP Sarawak (MP Bandar Kuching) buat kecoh di dewan rakyat, dia bertegas berbahas dalam bahasa inggeris. Berkali2 dia sebut, sbg ahli parlimen dari sarawak, adalah hak beliau yg dijamin dlm perlembagaan utk berbahas dalam bahasa inggeris. Bro, tau lah pilihanraya sarawak nak dekat, tak perlu poyo sangat nak tunjuk kau tu pejuang bahasa inggeris utk rakyat sarawak. Kau ingat org pedalaman sarawak tu faham ke kau berbahas dlm bahasa inggeris? Lepas tu apa? Tukar bahasa inggeris jadi bahasa rasmi? Malu lah bro dgn Dr Tan Seng Giaw. Malu lah dgn sasterawan negara A. Samad Said yg baru jadi ahli DAP. Kalau macam ni lah lagak ahli parlimen DAP, memang masalah besar pada DAP.
Posted by Muhamad Harris Nasril on Tuesday, November 17, 2015