t>

Breaking News

Gambar2 Banjir Bauksit Di Rumah Penduduk - Luahan Penduduk Terjejas YG Anda Mesti Baca!

Seperti yang kita tahu, bauksit dan Kuantan berpisah tiada. 

Jika selama neh kita didedahkan dengan gambar2 planet Marikh live dari Kuantan dan kenderaan-kenderaan yang terjejas angkara debu-debu bauksit, kali neh kita mendapat khabar bahawa pencemaran bauksit sudah merebak sampai ke tahap menyebabkan rumah penduduk menjadi banjir akibat perlombongan bauksit yang bukan sahaja tidak terkawal bahkan menjejaskan keselamatan dan kesihatan penduduk awam.

Gambar dikongsikan oleh seorang pengguna FB yang dikenali dengan nama 'PEKEBUN TEGAR'.


Menurut individu berkenaan ;

1. Situasi banjir bauksit seperti ini tidak pernah terjadi di kawasan perumahannya.

2. Dan katanya ia berkaitan dengan perlombongan bauksit yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Dalam pada itu, MP Kuantan, Fuziah Salleh turut menambahkan beberapa fakta berkaitan punca kepada kejadian banjir tersebut ;


Menurut wakil rakyat terbabit ;

Inilah dia punca rumah Pekebun Tegar kena banjir air bauksit semalam.
Tembok kolam lombong bauksit telah pecah. Kolam lombong yg sama juga yg meragut nyawa seorang anak remaja yg mati lemas disitu bulan lepas.
Perlu berapa banyak lagi trajedi begini sebelum aktiviti perlombongan ini di hentikan.???
Pihak Gabungan Menentang Pencemaran Bauksit sedang 'consult' para peguam samada boleh saman dlm kes ini.

Kolam lombong bauksit pecah menyebabkan berlakunya banjir bauksit. Kolam yang sama turut meragut nyawa seorang remaja yang mati angkara lepas pada bulan lepas.

Kita pernah dengar kesan banjir lumpur sebelum neh. Untuk mencuci memang sukar disebabkan timbunan lumpur-lumpur tersebut. Bagaimana pula agaknya kesan banjir bauksit? Apakah ada impak negatif ke atas manusia yang direct 'contact' dengan pencemaran bauksit melalui banjir?

Sebelum neh, MP Kuantan ada menyuarakan bantahan tentang isu bauksit di parlimen. Dan telah membawa usul mengenai bauksit namun dihalang oleh speaker. Berserta dengan mereka-mereka yang tanda-tangan satu petisyen mengenai bauksit, bahawanya kegiatan perlombongan bauksit ;

- Pengeluaran lesen perlombongan bauksit perlu dikawal, dihadkan dan dikurangkan.

- Pencemaran tentang bauksit perlu ditanggani dan dibincangkan penyelesaiannya.

- Kegiatan perlombongan haram bauksit perlu dihentikan dan dipantau.

- Semua aktiviti bauksit harus dihentikan bagi memberikan laluan kepada garis -panduan yang sewajarnya di mana aktiviti-aktiviti perlombongan itu nanti tidak mendatangkan kemudaratan kepada orang awam yang mana akan memberikan masalah dari segi keselamatan, kesihatan dan pencemaran.

- Kajian mengenai pencemaran sungai dan air laut yang berkaitan dengan perlombongan bauksit harus diberikan penekanan serius.

Namun usul berkenaan tidak dapat dibahaskan bahkan ditolak oleh speaker.

Kesan ke atas kesihatan penduduk bukan sekadar cakap-cakap kosong.

Salah seorang individu yang terjejas ahli keluarganya angkara bauksit ;


Sebelum neh telah berulang - kali ahli parlimen Kuantan mengulangi bahawa penyakit berkaitan pernafasan seperti asma meningkat di Kuantan. Tetapi apa tindakan kerajaan negeri dalam menanggani isu bauksit?

Selepas ditekan berkali-kali, paling terbaru, kerajaan negeri mengatakan bahawa penduduk yang terjejas akan diberikan bantuan saguhati secara bulanan berdasarkan kepada jumlah yang diperuntukan oleh kontraktor bauksit.

Soalnya, adakah 1,000 atau 500 sebulan dapat membeli nyawa dan kesihatan manusia semudah itu?

Apalah erti duit kalau akhirnya duit-duit itu akan dibelanjakan untuk membeli dan merawat penyakit angkara pencemaran bauksit? Tidak kah kerajaan negeri memahami perkara tersebut?

Renung-renungkan..