t>

Breaking News

Gambar2 Gunung Hutan Lipur Lentang Ini Diambil Secara Rahsia - MB Kata Pembalakan Dihentikan Tetapi Kenapa Ada Orang Kawal?

Ya.

Gambar-gambar ini diambil secara rahsia oleh seorang individu yang pergi meninjau keadaan Hutan Lipur Lentang, di mana lokasi berkenaan berdekatan dengan tragedi banjir lumpur Karak baru-baru neh.

Tidak diketahui siapakah individu yang merakamkan gambar berkenaan tetapi ia disebarkan oleh seorang facebooker yang dikenali dengan nama 'Dato Seri Dios Berantogis'.

Katanya ;

Kemuncak gunung hutan lipur lentang yg digondolkan menjadi punca runtuhan lereng bukit akibat air deras ..
 
Gambar diambil secara rahsia kerana kawasan dikawal ketat tidak dibenarkan pihak luar membuat tinjauan .. namun ada pihak yg berjaya meloloskan diri melihat puncak gunung hutan lipur lentang ..

Gambar2 yang berjaya dirakamkan dan menjadi viral di laman sosial ;





Gondol habis. Licin. Botak sana sini. Tong bersepah. Ada orang jaga. Tetapi kata Jabatan Perhutanan, aktiviti pembalakan sudah lama dihentikan. Pelik juga kenapa nak jaga kawasan puncak gunung neh.

Rujuk : Pembalakan bukan punca banjir lumpur.

Tengokla keadaan tanah yang terhakis sana sini. Kesan hakisan itu jelas kelihatan. Dan boleh pula pihak penguatkuasa menafikan pembalakan bukan faktor utama kepada banjir lumpur Karak yang berlaku pada 4 hari lepas.

Boleh percaya ke?

Satu perkara yang penguatkuasa dan kerajaan tak faham-faham ialah manusia akan mati tanpa pokok, tanpa binatang, tanpa tumbuhan-tumbuhan. Kita takan boleh hidup. Haiwan dan pokok-pokok ini boleh hidup beratus-ratus tahun sekalipun kita spesis manusia tak wujud di muka bumi. Tetapi diri kita ini sama sekali takan boleh hidup tanpa kewujudan haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Fikir-fikirkanla ya.

Apa yang kita rosakkan pada masa kini bermaksud kita sedang merosakkan peluang hidup generasi akan datang.

Kbai.