Luahan Bekas Pembaca Harakah - Selamat 'Rest In Hell' Harakah..


R.I.H. HARAKAH. 
RIH = Rest In Hell

Mula mula sekali aku baca Harakah adalah semasa zaman sekolah menengah tapi memang meluat gila bila pada satu gambar di tulis "anjing anjing umno sedang memasang bendera".

Tak pastilah sama ada itu harakah betul atau harakah provokasi yang di cetak oleh musuh Pas tapi yg pastinya aku baca Harakah tu di sebuah kedai penyokong Pas. 

Tapi tidaklah pelik pada ketika itu kerana kebencian orang Pas terhadap umno sememangnya melampaui kemanusian.

Masa itu Harakah hanya di baca oleh penyokong totok Pas sahaja dan jualannya pula sangat terhad malah tidak ada kedai kedai buku yang berani menjual harakah, bukan sebab takut kena tangkap tapi takut kedai mereka di cop oleh pelanggan sebagai kedai orang Pas.

Di sekitar tahun pertengahan 90an aku mula menjadi pengikut surat khabar ini sebagai bahan bacaan utama utk mengetahui perkembangan politik semasa. 

Ada 3 kolum yang aku paling suka baca ialah tulisan Pak Subky "Min aina Ila aina", kolum sindiran 1,2,3 lekuk iaitu sebuah kolum pendek seperti Cambok Wak Cantuk yang sangat popular di Utusan Malaysia pada ketika itu dan satu lagi ialah artikal artikal yang di tulis oleh Ibnu Muslim ( telah meninggal).

Oleh kerana tidak ada kedai kedai yang berani menjual Harakah pada ketika itu maka untuk mendapatkannya aku terpaksa bawa motosikal dari Bukit Tengah ke Butterworth kerana hanya di sebuah kedai Mamak di sana sahaja ada menjual Harakah. 

Harga Harakah pada ketika itu 80¢ tapi minyak motor utk mendapatkan Harakah pula RM2, lebih mahal dari harga Harakah, namun sebab nak baca punya pasal maka jarak dan kos bukanlah menjadi halangan. 

Kebiasaannya aku akan membeli dua naskah iaitu satu untuk aku dan satu lagi untuk bacaan tempat kerja, nak kasi basuh otak sikit kawan kawan yang pure umno pada ketika itu. 

Suka atau tidak suka sekurang -kurangnya depa baca dan dapat juga info yang selama ini kepala otak telah di sumbat hanya dengan satu pandangan sahaja.

Tiba tiba negara di landa gelora dengan pemecatan Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan kemudiannya di pecat dari umno, Harakah yang sebelum itu hanya di baca oleh penyokong tegar Pas sahaja mula di beli oleh penyokong tegar umno. 

Di sana sini orang berkepit Harakah dan jualan yang sebelum itu tidak seberapa telah meningkat berlipat kali ganda dan jika sebelum itu Harakah sangat sukar utk di dapati tapi telah boleh di beli di mana mana kedai kerana selain daripada ianya mendatangkan keuntungan lumayan ianya juga sebagai tanda protes kemarahan orang orang melayu terhadap kerajaan Umno Barisan Nasional.

Dari harga 80¢ sudah di naikkan kepada RM1.20 tapi bukan soal harga kerana kalau di naikkan ke RM3 pun pada ketika itu orang ramai sanggup membelinya.

Kehebatan Harakah pada ketika itu dengan begitu larisnya jualah serta kekuatannya menjadi satu media paling kuat pengaruh pasukannya telah menyebabkan pihak kerajaan merasa bimbang lalu di buatlah beberapa peraturan bagi menghalang atau menyusahkan orang ramai membacanya.

Dari syarat hanya ahli saja yang boleh membacanya kemudian kedai kedai buku yang menjual Harakah pula di letakkan syarat dengan berbagai syarat malah sering kali berlaku rampasan oleh pihak berkuasa sehingga menyebabkan kerugian kepada kedai dan pihak Harakah dan paling drastik ialah bila kerajaan mengharamkan terus Harakah dan kemudiannya telah menghadkan penerbitan harakah dari seminggu 2 kali atau 8 kali seminggu kepada 2 kali sebulan sahaja. 

Namun sokongan orang ramai masih tidak luntur malah simpati daripada orang ramai kepada akhbar ini semakin meningkat dan jualan masih terus kukuh apatah lagi harga telah di naikkan daripada RM1.20 kepada 2.50 telah menyebabkan Harakah terus teguh ekonominya. 

Atas sebab apa kalau ada yang mahu menafikan faktor paling besar terjadinya ledakan pembacaan Harakah ini adalah Anwar Ibrahim?

Namun itu sudah lama berlalu dan kini surat khabar ini bukan saja tidak lagi menjadi bahan bacaan orang ramai malah ahli sendiri pun terpaksa di paksa utk membacanya.

Kasihan sungguh apa yang telah berlaku pada akhbar yang pernah menjadi akhbar paling hit di semenanjung tanah melayu namun ianya hanyalah seketika selepas menumpang nasib malang yang berlaku terhadap Anwar Ibrahim.

Kalau tanya aku pasal akhbar ini aku akan jawab "ee geli..."


Sumber.

Share this :

Previous
Next Post »