t>

Breaking News

Pakcik Peniaga Pisang Pengsan, Anak Mengamuk Selepas Barangan Perniagaan Di Rampas Di Pulau Pinang [Video Inside].


Tersebar satu rakaman video mengenai seorang pakcik yang meniaga pisang secara kecil-kecilan di tepi jalan, yang dipercayai di Bukit Mertajam, Penang, pengsan apabila barang jualannya dirampas oleh penguatkuasa tempatan.

Video itu mula viral dan mendapat perhatian netizens sejak petang semalam.

Dalam rakaman tersebut, memaparkan beberapa orang awam yang cuba membantu seorang pakcik yang pengsan selepas barang perniagaan dirampas oleh penguatkuasa dan kelihatannya anak mangsa mengamuk memarahi penguatkuasa yang tidak prihatin.

"Kami nak cari makan, orang tua aku.."

Selepas mengamuk seketika, anak mangsa ditenangkan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Turut disebarkan ialah dipercayai mangsa mempunyai penyakit jantung yang menyebabkannya pengsan mungkin terkejut selepas barangan jualan dirampas penguatkuasa.

Netizens turut mempertikaikan SOP penguatkuasa tempatan dalam melakukan rampasan.

Apakah penguatkuasa tempatan berhak merampas barang jualan peniaga?
Kenapa penguatkuasa tidak membantu menerangkan dan membetulkan perkara salah yang dilakukan peniaga seperti memberitahunya dimanakah tempat yang boleh meniaga dan bagaimanakah caranya untuk memohon lesen?

Selain dari itu, rakaman berkenaan juga mewujudkan ketidakpuasan ahti sebilangan netizens terhadap DAP yang mentadbir Pulau Pinang. Sebahagian dari mereka beranggapan DAP menggunakan penguatkuasa untuk mengacau perniagaan orang melayu kerana bersikap racist dan diskriminasi.

DAP dan penguatkuasa tempatan belum memberikan apa-apa respon berhubung penyebaran rakaman tersebut setakat ini.

Video ;


ini kes Pakcik yng jual pisang yng pengsan..setelah mpsp rampas barang jualan pakcik ni di BM penang...anak pakcik ni mengamuk ..dah la pakcik tu ada sakit jantung..apa la ..x de sifat timbang rasa langsung ..mpsp ni..semoga pakcik dan anak nya .. diberikan rezeki yng lebih ..oleh ALLAH swt di masa hadapan nanti..
Posted by Serambi Politik on Saturday, November 28, 2015

Sumber rujukan : Sini.