t>

Breaking News

PERKASA Tuntut Jamil Khir Jawab 2 Soalan - JAKIM, Jangan Guna Wang Zakat UTK Saman NOW Kata Nik Nazmi.

PERKASA pada hari neh mengeluarkan dua persoalan utama untuk dijawab oleh menteri di jabatan perdana menteri, Jamil Khir mengenai pembiayaian YAPEIM untuk menanggung perbelanjaan menteri ke US & Paris bagi menganjurkan kursus perkahwinan.
Soal PERKASA ;
Biro Pemantauan dan Integriti (BPI) PERKASA ingin mengajukan satu cadangan dan dua soalan kepada Datuk Seri Jamil Khir, menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM).
BPI berpandangan secara tegas dan wajib Dato Seri Jamil saman saja Akmal Nasir dengan segera.
Tidak perlu menunggu untuk Akmal Nasir membuat permohonan maaf.
Bila ada pembicaraan di mahkamah nanti, maka rakyat akan tahu kebenarannya.
Jika Akmal Nasir berani bercakap, maka semestinya beliau juga mesti berani untuk menanggung akibatnya.
Berani buat berani pikul.
Pertanyaan kami pula dalam dua perkara:
(1) Apakah benar kos perbelanjaan menteri ke Amerika Syarikat menjangkau lebih RM590,000?
Ya atau tidak. Jika ya, apakah ini dikira sederhana sejajar dengan konsep wassatiyyah yang dicanangkan kerajaan?
(2) Apakah benar gaji dan dan berbagai elaun dengan berbagai jawatan sepertimana yang didedahkan yang merujuk kepada pengerusi dan timbalan pengerusi adalah wajar dan bersesuaian?
Adakah mereka ini mempunyai kelayakan atau adakah pelantikan mereka hanya atas dasar politik semata-mata?
Apakah gaji dan berbagai elaun ini wajar dan apakah pemegang jawatan ini bekerja sepenuh masa serta mempunyai kuasa eksekutif?
Pihak pengurusan dan menteri/ timbalan menteri JPM yang bertanggungjawab ke atas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), tolong jawab segera pertanyaan BPI PERKASA secepat mungkin.

AZRUL AKMAL SAHARUDIN setiausaha Biro Pemantauan dan Integriti (BPI) PERKASA.
-----------------
Dalam perkembangan yang sama ;
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom diingatkan agar menggunakan wang peribadi beliau sendiri untuk membayar kos guaman bagi kes saman yang difailkan terhadap Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW), Akmal Nasir.
Amaran itu dibuat oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad bagi menggelak berulangnya perkara sama seperti dalam kes permohonan qazaf, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2011.
Menurut Nik Nazmi, dalam kes itu Jamil Khir didakwa telah menggunakan wang zakat berjumlah RM63,650 untuk membiayai kos guamannya.
“Wang zakat, seperti wang kebajikan juga, merupakan wang yang diamanahkan untuk diagihkan kepada asnaf-asnaf atau golongan yang telah ditetapkan, bukannya untuk kegunaan sang Menteri,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Mengulas lanjut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia itu yakin bahawa pendedahan yang dilakukan NOW adalah tepat berdasarkan bukti-bukti yang diberikan.
Alasan yang diberikan oleh Jamil Khir dalam menangkis dakwaan itu pula katanya, dilihat terlalu lemah sekaligus tidak mampu untuk menafikan dakwaan yang dibuat terhadapnya.
“Menteri sendiri tidak menafikan, tetapi hanya memberikan alasan-alasan lemah untuk mewajarkan penggunaan wang Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM),” katanya.
Terdahulu, Jamil Khir berkata, beliau sedia berdepan dengan Akmal di mahkamah berhubung dakwaan penyalahgunaan wang YaPEIM seperti yang didakwa.