Sumber keselamatan memberitahu, kumpulan pengganas melakukan tindakan kejam itu selepas cuba melarikan diri dalam pertempuran dengan tentera Filipina di Perkampungan Bud Taran, Indanan, Kepuluan Jolo.
Bernard yang berasal dari Sarawak dilaporkan dibunuh pada pukul 4.20 petang waktu tempatan.
Difahamkan pertempuran itu tercetus ketika tentera Filipina cuma masuk ke kubu kuat kumpulan militan untuk menyelamatkan mangsa culik termasuk Bernard, lapor Utusan Malaysia.
Dalam pada itu portal Singapura turut melaporkan kejadian Bernard Then Ted Fen dipancung hanya beberapa jam selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di Manila untuk persidangan dua hari Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).
APEC ke-23 akan bermula esok (rabu), yang kebetulan turut membincangkan isu serangan pengganas di Paris pada Jumaat lepas.
Komander Kumpulan Petugas Bersama Sulu Brigadier Genera Alan Arrojada mengesahkan jurutera 39 tahun itu dipancung di kubu kuat Abu Sayyaf di Jolo, Filipina.
Sebelum itu, seorang tahanan Thien Nyuk Fun, pengurus restoran Ocean King Seafood yang diculik bersama Then dibebaskan oleh kumpulan berkenaan pada minggu lepas.