t>

Breaking News

Tanam Sayur Bukannya Tanam Bunga Utk Jimat Belanja Saran Menteri - Bela Ikan, Menternak Utk Kurangkan Kos Sara Hidup.


Kalau begitu kerajaan terlebih dahulu harus praktiskan dengan menanam 'pokok' sayur-sayuran & buah-buahan di sepanjang laluan jalanraya dan tepi-tepi jalan berbanding menanam pokok hiasan dan pokok bunga, sekurang2nya rakyat boleh mendapat manfaat dengan memetiknya dan gelandangan yang kelaparan pun boleh makan andai kelaparan.

Betul tak?

Hihi.

Apa pun nasihat menteri neh hanyala terpakai untuk sesetengah keadaan, sesuai la untuk sesetengah rakyat dan sesetengah jenis sayur-sayuran. Cuba fikir macam mana kau nak ternak ikan dan ayam kalau duduk rumah flat? Jangan ingat orang luar bandar tak tinggal dalam rumah flat tau..

Ha Ha Ha

PARLIMEN l Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman meminta rakyat supaya menanam sayur-sayuran untuk kegunaan sendiri dan bukannya bunga dan pokok-pokok perhiasan.
Dengan ini, beliau berkata, rakyat tidak perlu membayar untuk sayur-sayuran yang diimport, yang kini menjadi semakin mahal disebabkan oleh kadar pertukaran dan kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.
"Jika 'Jom Bertani', kita tanam apa yang kita perlukan, maka tidak ada keperluan lagi untuk membeli. Tidak akan ada isu mengenai kadar pertukaran. Jadi ini adalah langkah yang berkesan," kata Tajuddin di Dewan Rakyat semasa sesi soal-jawab hari ini, memetik laporan Malaysiakini.
'Jom Bertani’ adalah program sosio-ekonomi luar bandar bertujuan membantu penduduk kampung untuk menanam sayur-sayuran, buah-buahan, ternakan dan ikan untuk mengurangkan kos sara hidup yang tinggi. Ia juga bertujuan untuk menghidupkan semula industri pertanian yang semakin merosot.
Tajuddin (BN-Pasir Salak) berkata demikian bagi menjawab Shamsul Iskandar Md Akin (PKR-Bukit Katil) yang ingin tahu mengenai langkah kerajaan untuk menangani harga sayur-sayuran diimport yang mahal, seperti bawang.
"Satu-satunya perkara, semua orang mesti bekerja keras untuk menanam apa yang mereka perlukan, sama ada sayur-sayuran, cili atau kacang tanah.
"Program 'Jom Bertani’ tidak hanya untuk penduduk luar bandar. Daripada pokok-pokok perhiasan dan bunga, warga kota boleh menanam sayur-sayuran di bahagian hadapan dan belakang rumah-rumah mereka," kata Tajuddin.
"Kita juga boleh tanam sayur-sayuran di balkoni bilik tidur," katanya secara berseloroh.