t>

Breaking News

Adakah Keuntungan Bauksit Lebih Bernilai Berbanding Nyawa Penduduk Kuantan - Ahli Parlimen Persoal MB Pahang.


Kenyataan Media

Hjh Fuziah Salleh


Pengerusi Badan Bertindak Menentang Pencemaran Bauksit
Merangkap Ahli Parlimen Kuantan


8hb Disember 2015

Adakah keuntungan buat beberapa ribu pemandu lori bauksit lebih penting dari keselamatan 600,000 warga Kuantan?

Pada 7hb Disember Menteri Besar Pahang YAB Datuk Seri Adnan Yaakob sekali lagi mengatakan bahawa industri bauksit ini tidak boleh di hentikan secara mendadak kerana ada ramai yang mendapat keuntungan daripada industri ini seperti pemandu lori dan lain-lain. Rujuk kepada laporan Malaysian Insider bertarikh 7 hb dis 2015 bertajuk 'Pahang, Putrajaya to decide on bauxite mining by end of the month'.

Saya sungguh kesal dengan pendirian MB apabila keutamaan di berikan kepada pemandu lori bauksit dimana ramai dari kalangan mereka ialah orang luar Kuantan tetapi memandang remeh industri dan pekerjaan warga tempatan seperti nelayan pantai, industri keropok lekor, industri ikan bakar, industri ikan masin, pengendali hotel budget dan juga tuan punya homestay yang sangat- sangat terjejas dari pencemaran akibat industri bauksit ini. 

Warga Kuantan seramai 600,000 penduduk juga terjejas secara langsung atau tidak langsung daripada pencemaran industri bauksit ini. 

Bagaimana dengan penduduk yang terpaksa berhadapan dengan pemandu lori yang tidak ikut peraturan dan undang-undang. Rakyat terpaksa berhadapan dengan debu yang dihidu, jalan berlubang serta juga kereta kotor setiap hari. Kualiti kehidupan yang terjejas serta juga berhadapan dengan risiko menggugat kesihatan daripada debu tersebut. Penyakit berkaitan respiratori dan penyakit kulit juga merupakan risiko dari debu bauksit.

Risiko air minuman seluruh 600,000 warga Kuantan tercemar dengan logam berat juga amat-amat membimbangkan memandangkan aktiviti2 melombong secara berlesen dan haram wujud di hulu sungai di mana terdapat mata sauk untuk air yang di rawat buat Loji Rawatan Air Semambu. Juga laporan JAS bertarikh 24 Ogos 2015 yang mendedahkan bahawa air di Sg Pinang dan Sg Mabuk di sahkan mengandungi raksa/mercury yg amat tinggi. 

Umum mengetahui baha Sg Pinang dan Sg Mabuk Risiko merupakan sungai yang masuk ke Sg Kuantan. Risiko pencemaran air minuman yang mungkin timbul dari keadaan ini sudah cukup untuk memberikan amaran kepada Kerajaan Negri untuk hentikan segala aktiviti melibatkan bauksit dengan serta merta. Kebanyakan dari kerosakan kepada alam sekitar dan kesihatan manusia diKuantan ialah satu kerosakan yg 'irreversible'. 

Bertanggungjawab lah wahai MB demi keselamatan warga Kuantan. Lakukan apa yang wajar.


Terima Kasih

Hjh Fuziah Salleh