t>

Breaking News

Admin PAGE Najib 'LetakJawatan' Disiasat SKMM - Disiasat Kerana Menulis Najib, Ziana Pernah Ditangkap Khalwat..


Antara faktor-faktornya menurut pengendali laman fb tersebut ialah ;

1. Kerana menerbitkan page yang bertujuan mencari sokongan untuk mendesak Najib meletak jawatan.

2. Kerana mengaitkan Najib dengan Ziana Zain dalam isu tangkapan khalwat.

Berikut laporan yang dipetik menerusi The Malaysian Insider ;

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menyiasat orang di belakang “LetakJawatan”, satu laman Facebook popular yang menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya meletakkan jawatan.

Admin LetakJawatan Joe Haidy Sulaiman, 45, sedang disiasat mengikut Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, di mana adalah kesalahan menerbitkan apa-apa yang lucah, palsu, mengugut atau menyinggung untuk tujuan menyakiti, salah guna, mengugut atau mengganggu sesiapa.

Joe Haidy memberitahu The Malaysian Insider beliau dipanggil ke ibu pejabat SKMM untuk disoal siasat pada Selasa, dan kemudiannya polis mengikutnya ke rumah dan merampas komputer riba serta modemnya.

"Saya disoal siasat selama 3 jam kerana dakwaan memfitnah Najib melalui LetakJawatan," katanya.
Katanya, kenyataan memfitnah yang dipersoalkan adalah dari posting blog dimuat naik di LetakJawatan, mengatakan Najib pernah ditangkap khalwat dengan penyanyi/pelakon popular, Ziana Zain.

Joe Haidy mengesahkan yang beliau menulis tentang perkara itu.

Bagaimanapun, katanya, beliau percaya pihak berkuasa bertindak terhadapnya kerana pernah menghantar emel kepada Najib 2 minggu sebelum itu, menyampaikan kebimbangan pengikut Facebooknya.

"Mereka cuba menjejak saya sejak seminggu lepas, dan pergi ke semua tempat yang pernah saya duduk untuk mencari saya.

"Akhirnya mereka mendapat nombor telefon saya dan menelefon saya untuk sesi soal siasat,” katanya.

Joe Haidy berkata, beliau tidak meninggalkan rumah sejak hari itu, kerana takut nyawanya terancam.

Beliau mendedahkan menerima mesej ugutan di Facebook LetakJawatan dan isterinya memberitahu sebuah Proton Waja berwarna kelabu mengelilingi rumah mereka pada 2 malam berasingan.

"Isteri saya sangat bimbang keselamatan saya, kerana LetakJawatan mempunyai 200,000 pengikut, dan keadaan dalam negara seperti ini, apa saja boleh berlaku kepada saya."

Seorang jurucakap SKMM mengesahkan kepada The Malaysian Insider mereka sedang menyiasat Joe Haidy kerana blog yang dikendalikannya.

Sekiranya didapati bersalah, Joe Haidy boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjarakan setahun, ataupun kedua-duanya.

Beliau juga boleh didenda lebihan RM1,000 untuk setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabit kesalahan.