t>

Breaking News

Failed State, Pengemis & Najib Razak YG Gentleman.


Berikut adalah tulisan dari seorang blogger UMNO = Jebat Must Die mengenai ucapan Presiden Umno ;
____________________________________

Satu hari yang sudah, kami mendengar secara langsung ucapan Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia ketika beliau merasmikan persidangan UMNO di PWTC. Kami tidak ingin mengulas mengenai sambutan yang dikira hambar, ataupun corak penyampian menjerit-jerit yang tidak melambangkan pemimpin yang mempunyai ‘flair’ ataupun ‘finesse’, mahupun pembentangan visual yang mengelirukan.

Hanya satu perkara yang ingin kami sentuh mengenai ucapan ini, iaitu apabila presiden parti Melayu ini menyangkal keras dakwaan tentang kemunduran ekonomi negara di bawah pentadbiran beliau.

Ini kata beliau:

“Terkini, dalam laporan daya saing global 2015-2016 oleh World Economic Forum, Malaysia telah melonjak 2 anak tangga kepada kedudukan 18 daripada 144 buah negara utama ekonomi di dunia.

Justeru, mana mungkin orang boleh mengata kita sebagai fail state atau pengemis di bawah kepimpinan saya kini.

Malah, antara contoh yang boleh dibanggakan lagi, pertamanya, pembinaan Pelantar Gas di Laut Caspian, pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Kedua di Istanbul, pelaburan Shale Gas yang merupakan Pelaburan Langsung Asing atau FDI terbesar di Kanada hasil kendalian anak-anak bangsa kita.

Selain itu, Penyediaan Perkhidmatan Kesihatan yakni IHH Healthcare Berhad sebagai yang kedua terbesar di dunia, serta penyelenggaraan fasiliti stesyen dan pengendalian Mekah Metro, adalah juga kejayaan anak-anak bangsa kita, dan segalanya ini hasil perjuangan UMNO”. – SOURCE

Is this guy for real?

We are not beggars because we ranked no 18th in Global Competitiveness Index?

Kita bukan pengemis sebab syarikat Malaysia menyelengara Mekah Metro atau membina pelantar minyak di Lautan Caspian?

Aduhai Labi.

Ya kita berada di ranking ke-18, syarikat kita menjadi pelabur terbesar di Kanada, tetapi ini tidak bermakna rakyat hidup senang-lenang.

Jika rakyat tidak Miskin, masakan hampir 41% ( ya EMPAT PULUH SATU PERATUS) rakyat Malaysia mendapat bantuan BR1M. Tidakkah presiden UMNO sedar akan hal ini? Tambahan lagi beliaulah pelopor program BR1M.

Gaji tidak naik, kalau naik hanya ciput. Contohnya gaji pekerja di Selangor hanya naik RM 20 sebulan pada tahun lepas. Tapi kos sara hidup makin meningkat. Yang hairan bin ajaib, kebanyakan tekanan daripada kos sara hidup ini adalah disebabkan tindak tanduk Kerajaan pimpinan Najib Razak.

Tidakkah beliau  tahu bahawa rakyat makin dihimpit dan diasak dari segala arah, terutamanya sejak kebelakangan ini?

Tol naik.
Tambang LRT naik.
Tambang KTM komuter naik.
Tambang ERL naik.
Subsidi beras murah untuk orang Miskin di hapuskan terus.
Subsidi tepung dihapuskan, secara sembunyi tanpa dihebahkan kepada rakyat.Ini bukannya ‘gentlemen’, seperti kata presiden UMNO pagi tadi bahawasanya “I am a gentleman’.
 Kadar elektrik akan naik bulan depan.

Najib berkata pada Muhyiddin yang dia adalah gentleman..

Kadar ringgit berbanding dollar jatuh teruk. Begitu juga berbanding Pound Sterling, Euro, dan Singapore Dollar. Ini memberi impak negatif terhadap import makanan seperti susu dan daging.   

Apabila rakyat menjadi makin papa kedana, syarikat perniagaan juga akan merasa bahang tekanan. Jadi tidak hairanlah apabila statistik terkini menunjukkan peningkatan sebanyak 22% orang yang tidak berkerja di negara ini berbanding tahun lepas. Kadar pengaguran makin meningkat.

“Justeru, mana mungkin orang boleh mengata kita sebagai fail state atau pengemis di bawah kepimpinan saya kini”

Aduhai Kassim!

Yang lebih menghairankan, ataupun lebih tepat lagi, yang lebih mengecewakan, adalah apabila ‘pemimpin-pemimpin’ UMNO di dalam dewan memberi tepukan gemuruh kepada ucapan presiden ini. Orang Melayu di luar dewan mungkin ada yang miskin harta-benda, tetapi mereka setidak-tidaknya mereka tidak miskin jiwa dan minda. Namun, nasib mereka yang di dalam dewan lebih teruk lagi, mereka ini mungkin tidak miskin harta-benda, tetapi lebih parah lagi, mereka ini miskin jiwa dan akhlak. Hakikatnya, inilah kemiskinan yang paling bahaya.  Bukan hanya pemimpin sebegini masih disanjung dan dipuji, malah pemimpin yang menegakkan kebenaran dikritik, dicerca, dan dihukum.

Inilah yang menjadikan kita failed state.