t>

Breaking News

GST : KASTAM Sahkan Kutip Lebih RM30 Billion Namun Pelbagai Subsidi Terus Dipotong Menjelang Tahun 2016 - Kenapa?


Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mencatatkan kutipan hasil Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) lebih RM30 bilion setakat hari ini sejak pelaksanaannya pada April lepas.
Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan) Datuk Matrang Suhaili berkata ia merupakan kutipan daripada lebih 400,000 syarikat berdaftar dengan sistem tersebut.
Beliau berkata nilai kutipan itu melebihi angka yang disasarkan.
Beliau bagaimanapun enggan mengatakan sasaran berkenaan dan menjangkakan ia akan bertambah pada tahun depan.
"Setakat ini kami (JKDM) belum diberikan sasaran (untuk kutipan tahun depan)," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Matrang berkata JKDM telah mengisi lebih 1,000 pegawai di bawah bahagian GST jabatan tersebut.
"Kakitangan yang kita ada ini adalah bagi memenuhi keperluan semasa GST dan mengisi kekosongan mereka yang pencen dan bersara. Mereka ditempatkan di setiap negeri di seluruh negara mengikut cabang dan kekosongan," katanya lagi. -Bernama