t>

Breaking News

Luahan Anak Pakcik Peniaga Pisang YG Pengsan - Barang Saya Kena Rampas, Barang Peniaga Cina Tak Dirampas..

Episode pertama disini.

Ini adalah sambungan kepada kisah di atas.


Sejak semalam viral satu posting kononnya anak kepada seorang pakcik yang pengsan akibat barangan perniagaannya di rampas meluahkan perasaannya. Komen tersebut tersebar menerusi posting seorang facebooker yang dikenali dengan nama Roslan Alan tanpa menamakan sumber rujukan.

Berikut luahan yang dimaksudkan ;
Komen anak kepada ayah yg pengsan tu:

Assalammualaikum ..terima kasih semua kerana sokong saya..pada mula nya saya biasa2 je masa mpsp nk rampas barang..saya pun tahu tugas depa...depa dh pun dapat ambk barang niaga saya...tapi berhati perut lah skt...jgn la terlalu zalim sgt..bapak saya niaga kt situ dh 7,8 th...tapak yg sedang berniaga to pun kami mintak izin dari premis hotel ..tauke hotel tu izin kan saya berniaga depan premis dia...saya mmg x blh kawalan emosi lg bila tgk polis bantuan tu paut tengkok ayah saya..ayah saya pula ada penyakit lelah (susah bernafas)...mmg saya sekeluarga sedih sgt la..emak gn ayah saya berhajat nk p buat umrah ...5.12 tarikh mak gn ayah berangkat p umrah ..harap2 dapat la kumpul duit skt untk buat belanjer kt sana...tapi dlm seminggu 2.3 kali barang kena rampas..tapi hari dh smpi tahap melampau sgt2...kenapa saya yg duduk berniaga di tapak kaki hotel yg di benar kan oleh tauke hotel tu sendiri x boleh berniaga...klu tgk sebelah kiri saya kenapa org cina berniaga kt atas jln x di rampas..siap susun brg kt tapak parking lg..kenapa x mpsp yg berani ambk barang..klu jlg kn tugas biar bg adil...saya ada dftr niaga..saya dh mohon lesen penjaja..tapi tau la..mcm2 alasan untk dapat lesen penjaja..dari dulu lg..bila nk mohon lesen penjaja dibeku kn buat sementara waktu....bila nk cair pun x tau la...datang terus mcm peyamun x ckp apa terus angkut...x pun saya x kesah dh keje diorang saya pun fhm diorang keja...tapi kena perlu zalim,jahil sgt pada kami..klu x blh berniaga kt situ..bg jalan saya kata kt mana saya blh berniaga...tau dia ckp apa???...x blh hg x blh niaga...kena saya x boleh niaga..habis saya yg nk beli beras kt rumah...mpsp blh bg duit ka?? Klu beras kt rumah saya x ada mpsp blh mai bg ka???...kita susah tapi kami bukan org yg merayu memintak kt org...kami guna kederat untk sara hidup kami....apa yg diorang tau...berkat berniaga pisang tu la...smpi ke hari duit tu la yg byk bantu 2 orang anak yatim yg masih sekolah.....x pa apa yg jadi pada saya dan keluarga saya hr ni...saya x mintak apa2....balasan tu x ke mana.....apa2 terima kasih semua ...doa2 kan la kesihatan org tua saya sht ..saya hrpkan mak gn ayah sht ja..semoga tercapai hajat mak gn ayah nk p umrah...5.12.

Setakat neh, luahan tersebut telah dikongsikan sebanyak 763 kali dengan rata-rata netizens menyokong anak kepada pakcik tersebut. Mungkin ramai yang pernah merasai atau melihat tingkah laku penguatkuasa yang berat sebelah dan berpuak-puak.

Dalam satu perkembangan yang lain, pihak kami mendapat sumber maklumat menerusi facebook bahawa satu jualan lelong akan diadakan oleh Majlis Perbandaran Klang pada esok, 3 Disember 2015. 

Lihat gambar ;


Setelah meneliti gambar2 tersebut, kami tertanya-tanya apakah barang2 yang dilelong itu adalah hasil rampasan dari peniaga2 kecil dan penjaja-penjaja tepi jalan atau sebagainya?

Jika ya, apakah memang termaktub dalam undang2 bahawa pihak majlis dibolehkan melelong barangan peniaga yang dirampas?

Berbanding membantu peniaga meniaga dengan cara yang betul, di tempat yang betul, mengikuti protokol seperti memohon lesen, mendapatkan suntikan dan menjaga kebersihan, apakah wajar merampas barangan peniaga dan melelongnya pada masa tertentu?

Ini SOP yang kita tertanya-tanya. Apakah motif merampas? Adakah hasil rampasan akan dilelong? Jika ya, adakan hasil rampasan wajar dilelong kepada umum berbanding memulangkan kepada yang berhak? 

Fikir-fikirkanla ek.

Sumber lelongan awam MPK : sini.