t>

Breaking News

Presiden & Timbalan Presiden YAPEIM Letak Jawatan Di Semua Anak Syarikat.


Mereka masih presiden dan timbalan presiden YAPEIM. Bezanya, dulu mereka berdua ada banyak jawatan di dalam anak-anak syarikat YAPEIM. Sekarang, kesemua jawatan-jawatan berkenaan telah tiada dengan perletakan jawatan tersebut. Sebaliknya mereka hanya memiliki satu jawatan induk = utama, iaitu presiden dan timbalan presiden YAPEIM.

Power betul pendedahan NOW.

Kononnya YAPEIM tak bersalah dan difitnah.

Tetapi presiden dan timbalan presiden siap letak jawatan bagai.

JAKIM siap tubuh TASK FORCE bagai.

Ini kau kata YAPEIM tak bermasalah?

Cakap lain, buat lain.

Hihihihih..


Laporan oleh The Rakyat Post ;


Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) sedang melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan ke arah mencapai sistem tadbir urus yang sempurna secara berterusan. 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Abibullah Samsudin berkata usaha ini diambil setelah menerima arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membentuk satu pasukan khas atau ‘task force’ bagi menilai dan menambah baik aspek tadbir urus agensi-agensi agama termasuklah YaPEIM. 

“Pasukan khas ini akan diketuai oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Di dalam perbahasan pergulungannya di persidangan Dewan Rakyat pada 17 November 2015 telah menyatakan kesediaan pihak menteri dan timbalan menteri untuk menambah baik tadbir urus semua agensi-agensi agama di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) termasuklah YaPEIM. 

“Beliau turut menyarankan agar agensi agama seperti YaPEIM hendaklah bukan sahaja memastikan segala operasinya mematuhi peraturan tetapi juga mestilah sentiasa berusaha untuk menepati prinsip moral dan integriti,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Abibullah berkata buat masa ini, presiden dan timbalan presiden YaPEIM telah meletak jawatan di dalam semua anak-anak syarikat YaPEIM, termasuk perletakan jawatan Felo Institut Penyelidikan dan Perundingan YaPEIM Sdn. Bhd berkuatkuasa pada 1 Disember 2015. 

“Keputusan ini dibuat oleh presiden dan timbalan presiden YaPEIM bagi membolehkan mereka memberi tumpuan sepenuhnya kepada urusan-urusan di YaPEIM. 

“Penambahbaikan tadbir urus YaPEIM akan dibuat secara berterusan bagi memastikan YaPEIM menjadi sebuah institusi ummah yang dipercayai dan diyakini,” katanya.