t>

Breaking News

Wanita UMNO Mengaku Beri Duit Kepada Ahli UMNO Tetapi Untuk Beli Telekung.


Senator Shahanim Mohamad Yusoff mengaku beliau memberi wang kepada ahli UMNO dari kampungnya yang datang ke Perhimpunan Agung UMNO di PWTC.
Katanya, beliau berpesan kepada Wanita UMNO itu supaya membeli telekung baharu kerana mereka akan singgah di Masjid India sebelum bertolak pulang ke Sungai Petani, Kedah.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani itu berkata, beliau kecewa kerana perbuatan memberi sedikit wang menyebabkan beliau dihina, dikeji dan dicaci.
Gambar beliau mengagihkan wang di dalam bas kepada ahli UMNO menjadi viral di laman sosial dan menerima kritikal hebat netizen.
“Sesungguhnya kerana memberi sedikit duit kepada orang kampung, saya telah dihina, dikeji dan dicaci.
“Saya berserah kepada Allah. Anggapan orang saya tidak boleh halang. Biarlah saya dikeji kerana tangan yang memberi (lebih baik) daripada saya dikeji orang kampung “mai KL pun saya tak peduli”.
“Biarlah satu dunia viralkan saya tetap seperti saya. Tetap akan berkongsi rezeki dengan yang kurang berkemampuan sampai bila-bila.
“Menjadi pemimpin jiwa kena besar. Saya adalah diri saya, dan saya mengaku saya bagi (duit).
“Terima kasih Allah. Rezeki ini dapat dikongsi bersama. Bukan sahaja makcik-makcik tapi (dengan) gelandangan dan pelajar-pelajar miskin (juga),” jelas beliau. - FMT