t>

Breaking News

Harga Minyak Susut - PETRONAS Kini Dilanda Masalah - Gaji Kakitangan Dipotong, Masa Bekerja Dikurangkan.


Laporan Awani menyebut bahawa Petronas bakal memotong perbelanjaan sehingga 50b dalam tempoh 4 tahun berikutan harga minyak global yang terus susut.

Rujuk : sini.

Sebelum ini Najib juga mengumumkan akan membentangkan semula bajet (mengubahsuai) berikutan harga minyak dunia yang terus susut.

Ini pula serba sedikit pendapat dari Elias Abllah dalam mengulas krisis Petronas.

Di media sosial dan whatapps group telah tersebar perutusan khas Presiden Petronas kepada kakitangan Petronas. Perutusan oleh Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin sepatutnya untuk edaran dalaman Petronas sahaja.

Tentu sekali, Datuk Wan kecewa dengan sebahagian kakitangannya yang menyebarkan perutusan tersebut.

Perutusan itu untuk meredakan gossip akan nasib pekerja Petronas dan menyatakan betapa empati Presiden kepada nasib kakitangan.

Harga minyak $28/bbl tentunya menyebabkan mereka yang terlibat dengan sektor minyak dan gas tidak nyeyak tidur malam.

Setakat ini dilaporkan 20,000 orang telah hilang kerja sama ada kontraknya tidak di sambung, VSS, MSS dan apa lagi SS.

Shell, Murphy, Shlumberger antara gergasi yang telah megambil tindakan drastik membuang pekerja demi kelangsungan syarikat.

Saya ingin meneliti, adakah Downstream akan menjadi Penyelamat?

Antara faktor yang boleh membujuk hati pekerja Petronas ialah projek RAPID di Penggerang Johor.

Penggerang ni dikhabarkan lagi hulu daripada Gua Musang. Kakitangan yang bekerja di tapak pembinaan RAPID terpaksa ditempatkan dalam kem. Tidak ada hotel di sana.

Bila siap beroperasi, RAPID akan memerlukan ramai pekerja, oleh itu kakitangan Petronas di Petronas Carigali boleh ditempatkan semula di RAPID nanti.

Di atas kertas nampak cantik, tetapi ada tiga hurdle kepada plan ini,

1. Timing
2. Downstream and Petrochemical Profit Margin Squeeze
3. Non-transferable Skill

#1 Timing
Pada Mei 2015, Petronas Mengumumkan yang projek RAPID akan siap lewat daripada perancangan awal dan hanya akan beroperasi sepenuhnya pada 2019.

Kelewatan ini juga berpunca daripada harga minyak yang rendah menyebabkan Petronas menyemak kembali jadual perbelanjaan CAPEX dan rundingan semula dengan kontraktor.

Oleh kerana harga minyak jatuh tahun 2015 dan RAPID siap tahun 2019, bagaimana mahu ditempatkan semula jika rumah yang dipindah masuk belum siap?

Adakah Petronas akan cold storage kakitangan mereka dan menambahkan lagi kerugian?

#2 Downstream and Petrochemical Profit Margin Squeeze

Semalam, Chinese Premier Li Keqiang menyatakan ekonomi China adalah yang paling perlahan pertumbuhan ekonominya dalam masa dua dekat.

Pemulihan yang perlahan di Eropah dan juga US buka sahaja memberi kesan kepada harga minyak tetapi juga profit margin di sektor hiliran.

Faktor ekonomi China dan pemulihan ekonomi global yang perlahan menyebabkan permintaan diesel dan petrol kurang berkembang seperti sebelumnya.

Terbaru Exxon Mobil dan Shell melaporkan profit margin di sektor penapisan minyak menyusut dengan mendadak.

Dikala harga minyak yang rendah sektor downstream tidak dapat diharapkan untuk menampung kerugian di sektor upstream.

Kini bukan soal adakah RAPID boleh menyelamatkan pekerja Petronas tetapi bolehkah RAPID menyelamatkan Petronas. Siapa yang perlu berkorban demi menyelamatkan Petronas.

#3 Non-transferable Skill

Andainya RAPID beroperasi, Petronas ada dua pilihan untuk sumber tenaga manusia.

Pertama, mengambil pekerja yang berpengalaman di luar Petronas

Kedua, melatih semula kakitangan upstream untuk bekerja di RAPID.

Cara yang memberi economic sense ialah mengambil pekerja yang sesuai dengan skill yang diperlukan.

Cara ini lebih menjimatkan daripada melatih pekerja lama daripada skill base yang berbeza.

Lagipun dengan mengambil pekerja baru dari pasaran tenaga kerja terbuka, Petronas boleh dapatkan terma yang lebih baik, contohnya menawarkan pakej gaji yang lebih murah.

Gaji kakitangan di sektor upstream tidak murah.

Kesimpulan

Dalam perutusan Presiden Petronas, Datuk Wan memberi masa sehingga Mac 2016 untuk memutuskan organisasi baru Petronas.

Pilihan dan masa yang ada untuk Datuk Wan tidak banyak.

Wassalam
#savepetronas