t>

Breaking News

Isu 'Menyusu' Semakin Viral, PU Rahmat Keluar Dalil Haram Berkongsi Gambar - Ibu Menyusu VS Amran Fans, Siapa Menang?

First episode disini.

Oleh kerana isu 'menetek' begitu bertebaran di alam maya, lalu menarik perhatian PU Rahmat untuk mengeluarkan sedikit ulasan.

Menurut PU Rahmat ;
Seputar isu ibu muda posing sambil susukan anak.
Soalan: Ustaz, apa hukum upload gambar selfie posing susukan anak?
Ustaz: Astaghfirullah. Hukumnya haram dan kena cepat2 delete.
Soalan: Tapi, dia tak dedah aurat pun. Seluruh tubuh terlindung...
Ustaz: apa saja yg penampilan perempuan boleh menarik perhatian ajnabi walaupun tutup aurat ialah haram. Dalil:
1. فلا يخضن بالقول . سورة الأحزاب 
Orang perempuan tidak boleh lunakkan suara
2. ولا يضربن بأرجلهن ليعلم ما يخفين من زينتهن سورة النور 
Orang perempuan jangan hentak kaki utk tunjuk perhiasan tersembunyi.
3. ولا يبدين زينتهن الا ما ظهر منها . سورة النور 
Orang perempuan jangan tunjuk perhiasan yg tersembunyi kecuali yang terzahir.
4. ايما امرأة استعطرت فمرت على قوم ليجدوا ريحها فهي كذا وكذا اي زانية . حديث مسلم 
Mana2 wanita yg berwangi2an dan melintasi kaum lelaki sehingga terbau wangiannya, maka ia telah (menghampiri) zina.
Soalan :apa kena mengena dalil ni dengan posing menyusukan anak?
Ustaz : jika memakai wangi wangian sehingga menarik syahwat pun sudah menhampiri zina apatalagi Gambar Breast Feeding .. tidak kah akan ada eksploitasi
Dalil2 ini bukan untuk mendiskriminasi kaum wanita, tetapi sebagai perlindungan buat mereka. Orang lelaki diminta menghormati wanita. Aurat mereka adalah ekslusif buat insan-insan istimewa dalam hidup mereka.
menjaga wanita dari di diskriminasi dan di Eksploitasi adalah tanda Agama Islam menyayangi wanita
maka jangan la membuka ruang Di Eksploitasi dengan gambar yang boleh dimanipulasi
sayangi diri dengan sifat malu dalam diri

Rujukan : FB PU Rahmat.

Malahan turut mendapat perhatian Yana Samsudin.

 
Selepas serang menyerang berlaku di antara kem ibu menyusu dengan Amran Fans, beberapa ibu-ibu yang menyusukan anak memuat-naik gambar2 kononnya mereka sedang menyusukan anak atas tujuan mahu memprovokasi admin Amran Fans.

Kesempatan itu bukan sahaja digunakan oleh AF (Amran Fans) untuk memalukan ibu2 berkenaan bahkan gambar2 tersebut turut dijadikan bahan troll untuk membuka (mendaftar) satu lagi page troll terbaru bagi menyindir tingkah laku ibu-ibu berkenaan. Tak dapat dipastikan pihak mana la yang daftar page berkenaan.

Lalu masalah bertambah besar. Perang bertambah dalam.

Sebenarnya. Ketika ibu2 BF diserang semalam, telah ada satu suggestion bahawa ibu2 menyusu patut mengupload gambar menyusu anak di laman FB untuk kempen kesedaran. Walaubagaimanapun, cadangan berkenaan tidak mendapat persetujuan majoriti.

Pada aku, elok pun cadangan berkenaan tidak direalisasikan.

Mengupload gambar2 sedang menyusu anak buat masa sekarang seperti mencurahkan minyak ke dalam api. Mereka tidak akan berhenti menyerang, memanipulasi, menghukum, menuduh, memaki bahkan akan mengeluarkan dalil-dalil agama yang membenarkan tindakan mereka bagi menghukum ibu-ibu menyusu. Dalil agama wujud ketika mahu menghukum orang lain. Dalil agama akan hilang secara perlahan-perlahan ketika berlucah di ruangan komen atau ketika update status sebab begitulah peranan agama. Ia adalah untuk menghukum manusia lain selain dari kita. Apabila kita berbuat dosa, kita akan terlupa tentang agama. Ia akan menjadi ingatan kita bila kita sedang laju2 cari modal bagi menghukum orang lain. 

Hehehe.

Di pihak penyokong AF ;

1. Mereka mempertahankan hujah2 dan dalil2 mereka bahawa tindakan ibu2 muda itu bersalah dan sesungguhnya ibu2 berkenaan perlu meminta maaf dan menanggung akibat dari perbuatan tersebut sebagai satu bentuk pengajaran.

2. Pihak AF juga menyatakan bahawa page asal AF masih bertahan, hanya sekadar disorokkan supaya tidak boleh direport oleh ibu2 BF.

3. Ia bukan sahaja mengenai agama bahkan adab. Pada mereka ibu2 berkenaan tidak beradab dok upload gambar selfie menyusu sakan. 

4. Mereka tak bantah pun BF. Ibu2 tersebut salah faham. Dan sangka yang bukan2.

5. Imiginasi kaum lelaki adalah benar dan 'berhak'. Mendorong lelaki fikir yang bukan2 adalah salah dan jahat.

Aku fikir. Dengan sikap yang ditunjukkan oleh kumpulan pro AF, maka terbuktilah yang lelaki2 melayu di Malaysia neh sememangnya gila seks. Jangan kata tengok wanita menyusu, tengok buah2 tertentu yang menyerupai objek2 tertentu pun daya imiginasi seks mereka akan timbul. Terlalu lemah diri mereka. Sebab tu ada kumpulan lelaki yang sanggup berdemo pasal salib. Terlalu lemah jiwa mereka. Sampaikan bible BM pun jadi isu. Itulah lelaki melayu. Mereka tidak boleh menerima ancaman. Mereka terlalu rapuh dan perlu diperlindungkan sebaik mungkin agar jiwa2 mereka tak memberontak berfikir tentang seks.

Maka, ibu2 menyusu neh perlu la jauhkan diri atau berusaha sedaya upaya mengelak dari selfie menyusu di facebook supaya menjaga kesucian kaum lelaki melayu yang lemah iman. Wanita2 ini perlu membantu lelaki2 tersebut seadanya.

Di pihak pro BF ;

1. Mereka nampak gayanya memilih untuk beralah.

2. Focus kepada pendidikan isu BF dan move on.

3. Gambar2 yang disebarkan pula mungkin akan wujud rundingan dengan admin page AF atau report sahaja gambar2 berkenaan agar FB delete dari sistem.

Walaubagaimanapun, pihak2 yang tidak tahu asal usul cerita, tak perlu la tambah provoke-provoke seperti kat bawah neh ;


Gambar di atas diviralkan kononnya ibu menyusu anak memprovokasi geng AF dalam isu penyusuan anak. Sedangkan individu yang upload pun belum kahwin lagi. Ntah gambar mana-mana tah dia cedok dan sebar, tak memasal ibu2 menyusu anak yang menerima kecaman.

Gambar berkenaan gambar lucah (dah diblurkan untuk sebaran blog tetapi versi media sosial masih boleh dilihat dengan jelas) dan ada pihak2 yang beranggapan bahawa yang tukang upload = ibu menyusu = yang menyusu tanpa cover = memprovokasi = berbangga tayang aset.

Dengan sebaran seperti di atas, jelasla akan memberikan impression buruk pada group pro BF yang mana akan dituduh sedang mengalakkan BF secara terbuka tanpa rasa malu.

Salah tu. Sungguh pun kita mahu ibu2 di didik agar merasa selesa BF di kawasan umum, namun ianya dalam keadaan bertutup tanpa menimbulkan rasa ganguan terhadap orang awam.

Tak dinafikan ada sesetengah orang awam khususnya lelaki melayu masih bersikap jumud dengan konsep penyusuan di kawasan terbuka tetapi dengan pendidikan, minda mereka boleh dilatih untuk berubah. Walaupun perubahan mereka mungkin lebih lambat dari siput yang sedang berjalan at least usaha akan dibuat untuk memberikan kesedaran. Hanya jangan tambah provokasi supaya mereka boleh menjadi lebih memahami.

Kbai.