t>

Breaking News

Bangladesh Kata Malaysia Tidak Bekukan Pengambilan Warga Asing, Kenyataan Zahid Sebagai Mengarut.


Kerajaan Malaysia membuat pengumuman membekukan pengambilan pekerja asing hanya untuk memenangkan rakyatnya yang menentang pengambilan pekerja asing, lapor sebuah media Bangladesh, memetik sumber FMT.

Dhaka Tribune melaporkan, kerajaan Malaysia masih akan mengambil pekerja dari Bangladesh seperti dipersetujui dalam memorandum persefahaman yang ditandatangani pada 18 Februari lalu.


Laporan itu memetik kenyataan Pemangku Setiausaha Kementerian Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh, Begum Shamsun Nahar.


Dhaka Tribune juga menganggap pengumuman kerajaan itu sebagai ‘mengarut’.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan kerajaan membekukan pengambilan pekerja asing termasuk dari Bangladesh.


Pengumuman itu sehari selepas kerajaan menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan kerajaan Bangladesh.


Dhaka Tribune juga melaporkan, Kerajaan Bangladesh masih belum menerima sebarang kenyataan rasmi berhubung tindakan pembekuan oleh kerajaan Malaysia.


Kerajaan telah menjelaskan jumlah 1.5 juta rakyat Bangladesh itu adalah mereka yang mendaftar dengan pihak berkuasa negara berkenaan untuk bekerja di 139 negara termasuk Malaysia.