Kubah Masjid 32 Juta - CheGu Bard Balon Azmin Kaw-Kaw - Kutuk Najib Membazir Rupa2nya Dia Pun Sama..

Satu lagi pembaziran kali ini versi pembangkang.
 
Kenapa membazir? Kan untuk umat Islam? Kan untuk masjid? Kan atas nama agama? 
 
Hihihi..
 
Sebab tu la membazir sebab sebagai embi, kita gagal mengutamakan apa yang penting berbanding apa yang kurang penting. Dalam agama Islam itu sendiri, membantu orang miskin lebih penting berbanding ganti kubah masjid yang masih boleh digunakan. Itula konsep beragama yang dianjurkan dalam Islam. Bukan macam ini hah..
 
Pointnya ;
 
1. Kubah masjid sedia ada masih elok.
 
2. Jubin lantai pun sama juga.
 
3. Boleh digunakan, tidak rosak dan tidak pula menjejaskan solat fardhu dan jemaah di kawasan situ.
 
4. Wang 32 juta tu lebih baik bantu umat miskin di seluruh Selangor.
 
5. Kalau bagi duit satu keluarga 50-100k per family miskin di Selangor untuk beli rumah lelong cash, dah boleh bantu berapa ramai keluarga yang merempat akibat tiada rumah, tak mampu bayar sewa, kena halau, merempat, etc etc.
 
6. Ini yang kita sifatkan, kegagalan embi mengutamakan apa yang penting. Benda tak penting beria-ria pula nak ganti. Kutuk2 Najib membazir ingatkan kita berbeza, rupanya 2 kali lima.
 
Baca point CheGu Bard kat bawah neh pula ;
 
 
AZMIN GAGAL MENJAWAB ISU KUBAH RM32.4j
Semalam melalui 'SelangorKini' sebuah media milik kerajaan Selangor yang disiarkan melalui portal http://selangorku.com, YAB Menteri Besar Selangor telah cuba menjawab isu projek menukar Kubah Masjid Negeri yang membazirkan wang rakyat sehingga RM32.4j.
Dari jawapan tersebut ternyata Azmin gagal menjawab isu ini kerana amat sukar menjelaskan dalam keadaan sekarang kerajaan membazirkan wang sehingga RM32.4j hanya untuk menukar kubah masjid. 
Aoa yang menarik jawapan MB Selangor dalam isu ganti satu kubah dengan harga RM32.4juta yang perlu diperhatikan ialah ;
1. Kelulusan tak boleh pertikai sebab melalui dewan... ooo kalau mcm tu TPPA, GST dan sebagainya yang juga lulus ikut dewan parlimen tak boleh pertikai lah ?
2. Perenggan kedua lulus tahun lalu, perenggan ke tiga lulus 2 tahun lalu kah kah kah jadi bila lulus sebenarnya... Mohon MB jangan panik sangat, jawab elok-elok... 
 
3. Projek ganti satu kubah dgn bazirkan RM32.4juta wang rakyat demi kepentingan umat Islam (perenggan 6) . Ini fitnah terhadap agama sendiri, Islam sendiri tidak mengagungkan pembaziran dan perbelanjaan yang tidak mendesak.
Saya tegaskan utk satu kubah dgn nilai RM32.4juta ia membazir...
Sila klik baca kenyataan penuh saya.
Belum selesai menjawab 'facelift' (ubah suai ringan) pintu gerbang RM9.8juta kini muncul pula projek 'baharui' kubah masjid RM32.4 juta sila klik http://chegubard.blogspot.my/2016/01/belum-selesai-menjawab-facelift-ubah.html?m=1

che'GuBard
Ahli seumur hidup
Parti Keadilan Rakyat

Share this :

Previous
Next Post »