t>

Breaking News

Lagi Kes Penduduk Kampung Dihalau Di Pulau Pinang.


Kampung Permatang Tok Subuh yang terletak di Bukit Minyak, Pulau Pinang, sedang menghadapi ancaman pengusiran paksa. 26 keluarga yang menduduki kampung ini telah menerima notis bailif pemilikan kosong yang mengarahkan mereka untuk mengosongkan rumah sebelum 4 Mac 2016. Rumah mereka boleh diroboh secara paksa bila-bila masa pada dan selepas 4 Mac nanti.

Kampung Permatang Tok Subuh sudah diteroka oleh penduduk sejak 70 tahun yang lalu. Distinct Class Sdn Bhd yang menggelar dirinya tuan tanah dikatakan membeli tanah tersebut daripada pemilik sebelum itu dan mengheret penduduk asal ke mahkamah untuk mengusir mereka. Keputusan kes di Mahkamah Sesyen Butterworth tidak berpihak kepada para penduduk dan sekarang notis pemilikan kosong telah dikeluarkan. 

Para penduduk menuntut supaya hak perumahan mereka dijamin, iaitu perlunya rumah ganti sekiranya mereka terpaksa berpindah. Namun, Distinct Class Sdn Bhd enggan berunding dan cuba mengusir penduduk secara paksa.

Penduduk Kampung Permatang Tok Subuh bertekad untuk mempertahankan kampung halaman mereka. 

Boleh mengikuti perkembangan tentang perjuangan penduduk Kampung Permatang Tok Subuh di laman FB Pertahankan Kg Permatang Tok Subuh.

Harap komrad semua, kawan-kawan boleh berikan sokongan, atau idea penyelesaian kepada perjuangan Kampung Permatang Tok Subuh ini.

Julius Choo Chon Khai
AJK Pusat / AJK Pulau Pinang
Parti Sosialis Malaysia