Lelaki Bangladesh Dibelasah Kerana Merogol Kanak-Kanak 12 Tahun Di Dalam Tandas.


Seorang pekerja restoran warga Bangladesh teruk dibelasah orang ramai selepas dituduh mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di dalam tandas.

Kejadian dilapor berlaku di kafe siber, Rampai Business Park K5, Seri Rampai malam tadi.


Memetik sumber FMT melaporkan bahawa portal Harian Metro Online menyebut, kanak-kanak perempuan itu pergi kafe siber di kawasan berkenaan bersama bapanya.

Dia kemudian telah ditarik oleh lelaki Bangladesh terbabit masuk ke dalam tandas di kafe siber berkenaan sebelum dan diraba di bahagian kemaluan sebelum dirogol.


Kehilangan kanak-kanak itu disedari oleh bapanya yang kemudian bertindak mencarinya di dalam tandas.

Bapa kanak-kanak itu menemuinya dan semasa ditemui ia sedang dirogol oleh suspek.


Berang dengan kejadian itu bapa kanak-kanak berkenaan telah memanggil orang awam dan bertindak membelasahnya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohd Roy Suhaimi Sarif  mengesahkan tangkapan telah dibuat tambah laporan FMT lagi. Katanya, hasil siasatan pihaknya mendapati, lelaki Bangladesh itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.

Share this :

Previous
Next Post »