t>

Breaking News

Mahathir Isytihar Keluar UMNO Kali Kedua Demi Lawan Najib.

 
Bercakap dalam satu sidang media khas di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya Tun Dr Mahathir Mohamad pada hari ini mengisytiharkan keluar Umno buat kali kedua sebagai tanda protes terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
 
Turut keluar UMNO ialah isteri beliau, Siti Hasmah dan bekas pemimpin Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Mahathir membuat keputusan itu kerana Umno bukan lagi Umno dan hanya menjadi parti untuk mempertahankan Najib sebagai presidennya.

“Saya tidak boleh jadi anggota untuk parti sebegini,” katanya

Mahathir turut berkata akan berada di luar Umno selagi mana Najib memimpin parti itu.

Mahathir juga berkata tindakan itu terpaksa diambil kerana sayangkan negara ini.

Pada 19 Mei 2008, Mahathir pernah mengambil tindakan serupa sebagai tanda protes kepada pentadbiran perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Mahathir menyertai Umno semula pada 2009 selepas Abdullah meletak jawatan.

Memetik laporan Malaysiakini, Mahathir berkata beliau tidak akan membentuk sebuah parti baru mahupun menyertai mana-mana parti. Krisis UMNO bertambah meruncing selepas Mukhriz Mahathir digugurkan sebagai Menteri Besar Kedah baru-baru ini dan Muhyiddin Yassin pula digantung kerana mengkritik pentabdbiran Najib yang boros dan bermasalah. - Sozcyili.