t>

Breaking News

Selepas Nazri Bidas Mahathir & Muhyiddin, Rosmah Tampil Memuji Nazri Sebagai Pahlawan..


Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor membuat kejutan dengan memuji 'melambung' Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz pada satu upacara di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam ucapannya, beliau menggelar Nazri seorang 'pahlawan' segak berbaju Melayu, memetik laporan Kini TV.


Kini TV turut memaparkan satu klip video yang memuatkan pujian Rosmah terhadap Nazri Aziz yang juga menteri di kementerian pelancongan. Video berkenaan mendapat 0 LIKES namun menerima 40 DISLIKES daripada 390 views yang menontonnya ketika ini.

Baru-baru ini Nazri Aziz menyelar tindakan Mahathir dan Muhyuddin yang mengkritik Najib dan pentadbirannya berkaitan isu krisis hutang 1MDB dan juga derma 2.6 billion. Tindakan Nazri itu turut disokong oleh beberapa ketua UMNO Bahagian yang tampil menyatakan sokongan menerusi media massa pro kerajaan.

Nazri juga turut menyamakan tindakan Muhyiddin seperti 'anjing yang mengigit kaki' dan menyebabkan parti UMNO sukar melaksanakan tanggungjawab. Kenyataan itu kemudiannya menjadi kontroversi dan menimbulkan polemik di kalangan penyokong2 UMNO pro Mahathir dan pro Najib di laman sosial. 

Nazri turut menyatakan bahawa  pihaknya mahu membawa cadangan kepada jawatankuasa disiplin parti pada mesyuarat MT Umno akan datang agar Muhyiddin digantung daripada jawatannya sebagai timbalan presiden parti. - Sozcyili.

Video yang dimaksudkan ;