t>

Breaking News

Warga Asing Cabul Isteri Pemuzik Jalanan - PDRM Sahkan Belum Ada Tangkapan.

Memetik laporan dari portal The Malaysian Insider mengesahkan bahawa kes seorang lelaki dipercayai warga asing mencabul seorang wanita berhadapan sebuah pusat membeli-belah Sogo di Kuala Lumpur malam tadi, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi masih lagi menjalankan siasatan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata, tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini.

"Kita masih lagi siasat, tiada lagi sebarang tangkapan," katanya lapor portal berkenaan.


Laporan itu turut menyebut bahawa sebelum ini Zainol mendedahkan, siasatan mendapati suspek disyaki warga asing mencabul mangsa isteri penyanyi jalanan yang dipercayai mabuk ketika kejadian.

“Menurut polis bantuan Sogo (PB), lelaki yang kelihatan seperti dari Nepal berkemungkinan mabuk berdasarkan kepada cara dia bercakap dan bau alkohol pada dirinya.

"(Selepas kejadian) setelah PB memberinya sebotol air untuk mencuci mukanya dan selepas Itu lelaki Nepal terus bangun dan berjalan pergi ke arah Kompleks Pertama," katanya dalam kenyataan tersebut.

Zainol bagaimanapun berkata PB Sogo tidak membuat apa-apa catatan mengenai lelaki tersebut.

Malah, pengadu juga tidak memaklumkan kepada mana-mana PB untuk tindakan lanjut.

"(Pengadu) hanya buat laporan polis sebagai 'covering' awal pagi pada 17 Februari 2016."

Kes itu katanya disiasat di bawah Seksyen 354K Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.


Sebelum ini facebooker Genji Busker yang juga dikenali sebagai Mustam Mustafa memuat-naik beberapa gambar yang memaparkan seorang lelaki berbangsa Nepal berbaju putih yang berdarah akibat dibelasah oleh individu berkenaan kerana mencabul isterinya.

Posting berkenaan menjadi viral dan dikongsi lebih dari 55,000 kali. Genji kemudiannya meminta maaf di ruangan komen atas alasan dia menerima mesej dari beberapa warga Nepal dan juga menafikan dia menyalahkan pemimpin negara secara sebarangan dalam posting susulan.