Zahid, Letak Jawatan, Nurul Hidayah, Diam, Jangan Banyak Cakap - IKHLAS Kritik Zahid Isu 1.5 Juta Bangladesh.

 
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi disaran supaya meletakkan jawatannya sebagai Menteri Dalam Negeri kerana gagal melaksanakan tugasnya dalam mengawal kemasukan pekerja asing di Malaysia.
 
Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan kecil dan Sederhana (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah turut memberi amaran agar Zahid tidak menghina belia dengan mendakwa mereka malas dan tidak sanggup kerja dalam sektor 3D iaitu ‘dangerous’, ‘difficult’, dan ‘dirty’.
 
Katanya, ramai anak muda yang bekerja di luar negara seperti di Singapura dan Australia dalam sektor 3D kerana gaji yang diterima lumayan berbanding di Malaysia.
 
“Hari ini ramai belia tidak kira Melayu atau Cina kerja di Singapura dan Australia dalam sektor 3D kerana gaji diterima mahal.
 
“Jadi, jangan hina golongan belia, jangan buat cerita dogeng. Rakyat hari ini bukan bodoh.

“IKHLAS minta menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang tidak layak duduk KDN, letak jawatan. Jangan rosakkan imej Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak),” katanya dalam satu sidang media di Hotel Sani.
 
Dalam pada itu, Ridzuan juga mahu Zahid untuk mendedahkan syarikat-syarikat yang meminta pengambilan pekerja warga asing itu jika benar-benar telus.
 
“IKHLAS desak dolong dedahkan syarikat memohon kerja asing 1.5 juta, kita nak tahu syarikat, sektor dan kilang mana?
 
“Kalau betul tolong dedahkan, syarikat mana? Kita nak tahu,” tegas.
 
Sementara itu, Ridzuan turut menasihatkan anak Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid supaya duduk diam dan tidak banyak bercakap.
 
Katanya, kenyataan anak Zahid mengenai isu kemasukan pekerja Bangladesh ke Malaysia bukan isu besar merosakkan imej parti UMNO/Barisan Nasional (BN).
 
“Anak Zahid (Nurulhidayah) baik tutup mulut, duduk diam. Ayah dia seorang politik, jangan rosakkan imej parti. Duduk diam, jangan cakap banyak,” katanya. - FMT.

Share this :

Previous
Next Post »