t>

Breaking News

Ini Penjelasan Dari Pihak Pengantin Lelaki & Perempuan Berhubung Insiden Pergaduhan Di Masjid Dek Hantaran.

Semalam kecoh di laman sosial isu dua keluarga pasangan pengantin bergaduh sesama sendiri di dalam masjid pada majlis pernikahan berpunca dari wang hantaran yang tidak mencukupi dari pihak lelaki. Insiden berkenaan telah dirakamkan oleh salah seorang pengunjung masjid pada ketika itu dan diviralkan menerusi saluran berita akhbar, KOSMO!.

Gambaran awal kebanyakan netizens menyalahkan keluarga pengantin perempuan namun terdapat juga mereka2 yang membela keluarga pengantin perempuan dan meletakkan kesalahan ke atas keluarga pengantin lelaki.

Berikut adalah laporan polis oleh pengantin lelaki yang tengah hangat tersebar di laman wassap.

PANTAI RPT: 3034/16
TARIKH: 26/03/2016@1734 HRS
PENGADU: Nor Izzat Bin xxxxxxx
KP: 890916-14-xxxx
KERJA: Pengawal Keselamatan
TEL: 012-684xxxx
ALAMAT: Jln 62, Selayang Baru, 68100 Batu Caves, Selangor 

KETERANGAN REPOT:

Pada 26/03/2016 Jam lebih kurang 1517 hrs, Semasa saya melangsungkan akad nikah di Masjid Al-Khadijiah Kg. Pantai Dalam, KL semasa akad nikah tersebut pihak perempuan tidak mahu meneruskan majlis berikut kerana baki wang hantaran belum di beri. Sewaktu mahu beredar, abang saudara tunang saya tidak puas hati dengan keadaan tersebut.

Selepas itu, mereka tidak bersetuju untuk melangsungkan akad nikah tersebut dan wang yang saya berikan kepada mereka untuk majlis tersebut sebanyak RM11,000.00. Selepas abang saudara tunang saya buat bising dalam majlis tersebut saya terus keluar dari masjid itu dan abang saudara dia telah menumbuk muka saya. Tiba-tiba datang lagi (2)(L) Melayu dipercayai saudara tunang saya dari arah belakang telah memukul saya.

Rombongan saya juga dipukul semasa cuba meleraikan pergaduhan tersebut iaitu Mohammad Eszuan (920621-14-xxxx), Muhammad Hafiszan (880912-56-xxxx), Mohd Azree Hazwan (910916-10-xxxx). Kereta rombongan saya juga mereka pukul dan ada kesan kemek. Tujuan saya buat repot untuk minta gantirugi kesemua perbelanjaan majlis nikah tersebut kerana majlis tersebut telah saya gunakan duit sendiri. Sekian laporan saya.

TINDAKAN POLIS:

Telah memaklumkan kepada KPB Pantai, ASP Ezral Ezwani Ab Malik dan arahan KPB Pantai Kes di rujuk kepada pegawai penyiasat jenayah Balai Pantai, Insp Fitri untuk siasatan lanjut kerana terdapat unsur-unsur kekerasan.

Sumber : Viral wassap. 

Menerusi laporan polis yang tersebar, nampaknya wujud unsur-unsur gangterism dari pihak pengantin perempuan.

Dan ini pula penjelasan dari pihak keluarga perempuan berhubung insiden tersebut ;


Kononnya masalah berpunca dari kegagalan orang ketiga menguruskan perbincangan dua hala..

Persoalannya perlu ke sampai menumbuk dan memukul pengantin lelaki beramai-ramai di dalam kawasan masjid kot ye pun jurucakap gagal memainkan peranan? Cakap pakai mulut je tak boleh ke?

Hihihihi..