t>

Breaking News

Islam Tidak Galak Pecat Pemimpin, Walaupun PAS Tidak Setuju Dengan Kerajaan Tetapi Kita Sabar - Hadi.


Anggota Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Islam tidak menggalakkan umatnya untuk memecat pemimpin sebaliknya perlu 'membetulkan' mereka.

Sambil memetik kata-kata Saidina Abu Bakar As-siddiq, presiden PAS itu berkata parti politik dan rakyat sendiri perlu bersabar menghadapi karenah berbanding menjatuhkan pemimpin mereka.

"Budaya pecat pemimpin tak digalak Islam. Islam tak galak pecat pemimpin, perbetul pemimpin boleh.

"Kita kena sabar memperbetulkan pemimpin. Walaupun saya tak setuju dengan kerajaan tapi kita (PAS) sabar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap membahas titah Agong di Parlimen hari ini lapor Malaysiakini.