t>

Breaking News

Kes Aminulrasyid - PDRM Kalah, Diarah Bayar Denda Kepada Keluarga - Kebenaran Akhirnya Terbukti.

 
Aminulrashid akan berusia 21 tahun jika dia masih hidup hari ini. Bayangkan jika anak kita buat satu kesilapan yang boleh diperbaiki dihukum dengan kematian.. boleh terima ke?
 
Bukan duit yang dicari keluarga Aminulrashid sebaliknya kebenaran disebalik insiden kerana insiden berkenaan telah menyebabkan kematian anak kesayangan mereka yang turut dihukum secara kejam oleh mereka-mereka yang membela PDRM... 
 
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memerintahkan defendan, termasuk Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk membayar ganti rugi kepada keluarga Aminulrasyid Amzah, remaja yang mati terkena tembakan polis enam tahun lalu lapor Malaysiakini.

"Hakim memutuskan bahawa plaintif (ibu dan kakak Aminulrasyid) berjaya membuktikan bahawa defendan bertanggungjawab terhadap kematian Aminulrasyid.

"Dalam erti kata lain, plaintif berjaya memenangi kes terhadap kerajaan berhubung tembakan polis yang membunuh Aminulrasyid enam tahun lalu," kata peguam N Surendran kepada pemberita selepas keputusan itu diumumkan oleh Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim.

Ganti rugi RM414,800 termasuk RM100,000 bagi kemungkiran awam yang dilakukan oleh Khalid yang ketika itu Ketua Polis Selangor.

Mahkamah juga memerintahkan defendan membayar kos RM50,000.

Saman berkenaan difailkan pada 17 April 2013 oleh kakak remaja itu, Nor Azura, 46, atas kapasiti sebagai pentadbir harta Aminulrasyid, bersama ibunya, Norsiah Mohamad, 67, masing-masing sebagai plaintif pertama dan kedua untuk menuntut ganti rugi atas alasan kecuaian Koperal Jenain Subi, 54, dan tiga yang lain.