t>

Breaking News

Memalukan! Ahmad Bashah Diboo Depan-Depan! [Video Inside].


Malam tadi Ahmad Bashah kena boo dua kali dengan penyokong2 Kedah ketika menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium.

Aksi Ahmad Bashah diboo dilaporkan oleh laman portal pro Muhkriz yang menulis ;

Kata orang, buat baik dibalas baik, perbuatan jahat akan dibalas dengan jahat. Mungkin itu yang terjadi pada Dato Seri Ahmad Bashah semalam. Setelah beliau menjawat jawatan sebagai MB Kedah dan ini kali pertama beliau pergi ke Stadium, dan beliau di BOO lebih 17 ribu penyokong Kedah di Stadium Darulaman.

Sambutan peminat dan penyokong bola diantara MB lama Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir dengan MB rampasan kuasa Ahmad Bashah, amatlah berbeza. Jika dulu MB lama (MB Kedah yang sah) disambut dengan sorak dan tepukan, MB baru (MB rampasan kuasa) diboo oleh penyokong Kedah di Stadium.

Bukan sekali atau dua kali, tapi setiap kali nama Ahmad Bashah disebut. penyokong Kedah akan menghadiahkan BOOO. Paling teruk pada minit ke 2.13 hingga 2.31, boleh lihat pada video dibawah.




Selesai perlawanan, penyokong Kedah tunggu di depan Astaka Utama dan menghadiahkan BOOO.. buat kali terakhir pada Ahmad Bashah. Kena lagi?



Pertama kali dalam sejarah MB Kedah diperlakukan demikian. Maluu maluu.. Rakyat dah bijak menilai, berani buat, berani tanggunglah. Jangan ingat rakyat Kedah lupa perbuatan yang telah anda lakukan - lapor portal berkenaan.

Besar kemungkinan yang memboo MB Kedah ialah penyokong2 Mukhriz Mahathir, yang juga geng2 UMNO untuk menunjukkan tanda protes terhadap apa yang menimpa ke atas bekas MB itu.

Baru-baru ini UMNO Kedah menukar kepimpinan tertinggi Kedah atas alasan Mukhriz Mahathir kehilangan sokongan majoriti bagi mentadbir Kedah. Mukhriz dikatakan gagal menyatukan UMNO Kedah bagi memastikan kerja dapat diurus dengan baik.

Namun ramai pihak membuat andaian bahawa Muhkriz digantikan kerana bapanya Mahathir terlalu kerap mengkritik kepimpinan Najib Razak. Berikutan itu beberapa pimpinan UMNO tampil membela Najib Razak dan menafikan Najib disebalik penyingkiran Mukhriz dari jawatan MB Kedah.