t>

Breaking News

Najib Belanja 58.8 Juta Untuk Pembelian Barang Kemas & Percutian.


Episode pertama disini.

Lebih banyak maklumat berhubung dakwaan sikap mboros keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang membelanjakan jutaan ringgit didedahkan lagi hari ini.

Menurut akhbar The Wall Street Journal, Najib menghabiskan AS$15 juta (RM58.8 juta) bagi percutian, membeli-belah dan barangan kemas. Perbelanjaan dilakukan di Amerika Syarikat, Malaysia, Itali dan di beberapa tempat lain.

Dokumen siasatan pihak berkuasa Malaysia menunjukkan bahawa kad kredit Najib digunakan bagi membayar pembelian di gedung fesyen Chanel di Honolulu, Hawaai bernilai AS$130,625 (RM512,194).

Ini berlaku dua hari sebelum beliau bermain golf dengan Presiden Barrack Obama pada malam Krismas 2014.

Kunjungan ke Amerika Syarikat itu menjadi kontroversi apabila beberapa negeri di pantai timur Malaysia dilanda banjir teruk dan Najib terpaksa terbang pulang untuk melawat kawasan yang terjejas.

WSJ melaporkan bahawa seorang pekerja di kedai Chanel di kawasan kelas atasan Ala Moana Center masih mengingati isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor yang membeli-belah di gedung itu sebelum Krismas.

"Urus niaga di gedung Chanel itu dibayar melalui kad Visa atas nama Najib, menurut dokumen siasatan Malaysia. Pada mulanya transaksi itu tidak berjaya dan Najib yang turut hadir, terpaksa menelefon bank untuk meluluskan pembayaran berkenaan," kata laporan itu.

Dokumen itu juga menunjukkan bahawa kad kredit dibayar melalui akaun atas nama Najib dan akaun berkenaan telah dikreditkan dengan AS$9 juta (RM35 juta) beberapa bulan sebelum itu.

Menurut dokumen itu, wang berkenaan datang dari SRC International, bekas anak syarikat 1MDB yang kini berada di bawah Kementerian Kewangan dan diterajui oleh Najib sebagai menterinya.

"Pada hari Najib bermain golf dengan Obama, SRC International memindahkan lagi AS$9 juta ke akaun itu melalui cabang tanggungjawab sosial korporat 1MDB. Wang itu tiba sehari selepas Krismas," kata laporan WSJ itu.

Dokumen juga menunjukkan Jakel Trading Bhd, peruncit pakaian mewah Malaysia, sebagai antara penerima paling lazim dana dari akaun Najib.

"Di antara 2011 dan 2014, Najib memindahkan lebih AS$14 juta (RM55 juta) kepada Jakel, menurut dokumen. Syarikat itu mengkhusus dalam pakaian tradisional Melayu, sut, pakaian perkahwinan dan kelengkapan rumah."

WSJ berkata terdapat juga perbelanjaan yang dicatatkan pada 28 Jun, 2011, di Signature Exotic Cars, pengedar kereta di Kuala Lumpur dengan harga AS$56,000 (RM220,000).

"Kad kredit Najib juga mencatatkan perbelanjaan €750,000 (RM3.3 juta) pada Ogos 2014 di cawangan Itali, De Grisogono, sebuah kedai barangan kemas milik Switzerland.

"Seorang pekerja De Grisogono mengesahkan Rosmah, isteri perdana menteri, adalah pelanggan di kedai emas syarikat itu di cawangannya di Porto Cervo, sebuah resort kecil di Sardinia. De Grisogono enggan mengulas."

WSJ juga menghubungi beberapa syarikat lain yang didakwa terlibat dalam urus niaga berkenaan, tetapi semuanya tidak mahu mengulas.

Najib telah berulang kali menafikan sebarang salah laku dan menggunakan dana kerajaan untuk kepentingan peribadi lapor Malaysiakini.