t>

Breaking News

Saya Hairan Najib Terlalu Penyabar Kata Rosmah - Jangan Benci Najib, Tak Baik, Nasihat Rosmah Kpd Rakyat Malaysia.

 
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hairan dengan sikapnya suaminya, Datuk Seri Najib Razak yang disifatkannya terlalu penyabar.
 
Bagaimanapun, Rosmah menyatakan beliau dan anak-anak sentiasa memastikan agar mereka tidak melepasi had dan batas kesabaran Najib.
 
“Saya sebagai isteri, hairan macam mana beliau boleh sabar, terlampau sabar.
 
“Tapi macam beliau kata, jangan ‘cross the line’. Di rumah, saya dan anak-anak selalu pastikan bahawa kami tidak melampaui batasan itu.
“Agaknya kalau saya dan anak-anak ‘cross the line’. Tak tahulah macam mana beliau respon,” katanya, ketika menjadi tetamu program bual bicara Langit Biru di Radio Bernama, semalam.
 
Memetik laporan Sinar Online, Rosmah turut sempat bergurau dengan menyatakan adalah lebih baik ‘lari’ sekiranya telinga Najib kelihatan warna merah dan mengetap giginya.
 
“Kalau telinga dia (Najib) sudah merah, ketap gigi…lebih baik kita lari,” katanya.
Mengulas lanjut, Rosmah turut menyatakan sifat benci yang menular dalam kalangan rakyat terhadap suaminya bukanlah satu sikap yang baik.
 
“Saya rasa ini satu sifat yang harus dihindarkan. Kita harus memupuk semangat positif kemudian kita akan mempunyai minda, sikap dan keluarga yang positif.
 
“Memanglah kita ada pendapat yang berbeza tapi itu bukan alasan untuk kita membenci seseorang,” katanya. - FMT